Saturday, 15 March 2014

Shortnote for my HEART..

ASSALAMUALAIKUM :)








Aku cuba untuk berubah. Maafkan aku....

ASSALAMUALAIKUM.

Nak mengamok boleh dakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?

Serius.
Dah lama aku tak mengamok macam nih.
Selama nih aku try nak berubah.
Berubah dari mengamok bila nak marah or bengang.
Kadang kadang, aku tersasul jugak.
Aku termengamok, tersumpah.
Tapi,
Dalam hati aku,
Aku try untuk berubah nak sabar.
Aku manusia lemah.
Lemah.
Aku fikir balik.
Kalau aku tak tahan sangat nak mengamok.
Aku nak nangis.
Maybe lega sikit.
Lepas tuh, tambah dgn istighfar sikit.
Tapi perasaan nak mengamok ada lagi.
YA ALLAH.

#Nak nangis boleh dak?

Boleh boleh. Sila sila

Friday, 14 March 2014

Zaman sekolah part II

ASSALAMUALAIKUM.

Haa harini baru guwa nak share cerita masa zaman sekolah. Untuk part II nih, guwa nak cerita masa zaman sekolah rendah start from darjah 1. Lepas tuh, untuk darjah 2 hingga darjah 6 akan bersambung kemudian hari.

Okey.
Masa darjah 1 dulu, guwa sekolah dekat Pasir Mas. Nama sekolah dirahsiakan. ekeke, bukan sebab tak ingat tapi segan nak dedahkan kat sini wakaka.

Okey diam diam semua.

Time guwa darjah 1 dulu, guwa pernah menangis sebab kena marah dengan teacher English. Sebabnya, first time guwa tak siapkan homework so jadi takut lah kan hahaha. Then, lepas teacher tengok guwa nangis, terus teacher pujuk suruh behenti nangis haha. Tapi seingat guwa, still tak behenti. Sehingga kan, teacher terpaksa panggil kakak guwa ke kelas untuk diamkan guwa wakaka. Malu ar pulak bila teringatkan balik ekeke.

Peristiwa yang ke2 pulak, still darjah satu lagi. Guwa pelik kenapa tiap2 kali waktu pendidikan Islam, guwa kena cium pipi ustazah nih. Ermm pelik? Bila ustazah masuk je, mesti guwa pegi kat meja guru then cium. So sweeeet kan? ahaks.

Peristiwa yang ke3, masih lagi tahun yang sama. Guwa ada join satu pertandingan, tak silap guwa hari sukan kot. Guwa masuk olahraga. err main lari2 tuh. Masa tuh, kakak guwa ada tengok guwa nak bertanding, so dye ada cerita satu kisah nih. Ceritanya begini, bila je cikgu tiupkan wisel, guwa terus berlari. Then tiba satu masa tuh, kakak guwa hairan lah. Kakak guwa duk cari2 kelibat guwa, nak kata dah sampai kat garisan penamat, takde pulak. So, bila dah hairan, kakak guwa pun tengok atas padang. Rupa2nya guwa jatuh tertiarap -_- Nasib baiklah guwa masih kanak2 masa tuh. Kalau tak, mana nak letak muka ni woii!

Untuk darjah2 pulak, guwa kena pindah ke sekolah lain sebab abah guwa kena pindah office. Ermm panjang pulak cerita masa darjah1 tadi. So, insya ALLAH, kalau umur panjang, guwa sambung cerita darjah2 tuh okey? :)

Thursday, 13 March 2014

Bila aku jadi seorang pelakon.

ASSALAMUALAIKUM.

Hai. Lama dah tak update blog haha. Takpe takpe. Nak update lah nih. Entry nih bukan nak sambung pasal zaman sekolah tapi nak share pasal tajuk di atas tuh.

Sebenarnya aku terpaksa berlakon sebab untuk projek sains komputer. Mula2 shooting tuh memang video tuh macam takde perasaan. Betol!

Aku nak edit video tuh pun dah macam kat bawah nih wakaka.













So, group aku pun bercadang nak buat video baru pulak. Nak tahu video apa?
Mana boleh bagitaw. Tak suprise lah nanti.
Aku nak cerita lepas aku balik sem nanti okeyy.

Dalam video baru tuh, aku sebenarnya nak jadi watak jahat. Tapi masa aku nak start shooting tuh, aku duk gelak gelak. Pastu tak pasal2 aku kena jadi watak nerd @ heroin dalam tuh wakaka

Feymess I ~~

So, itu sajalah nak share. Assalamualaikum :)

Saturday, 22 February 2014

Zaman sekolah Part I

ASSALAMUALAIKUM.

Ermm entry kali nih, ryu guwa rasa nak share cerita masa zaman sekolah dulu dulu. Dari zaman tadika sampai ke sekolah menengah okey. Kalau korang tak sudi baca pun takpe hehe.

Kita mulakan dengan zaman tadika eh.

Sebenarnya masa umur 5tahun tuh saya guwa tak ingat apa nama tadika tuh. Err serius tak ingat haha. Kalau yang ingat pun, tadika tuh dekat lah jugak dengan rumah dulu. So, nak dijadikan cerita, pagi pagi nak bangun mandi tuh teramat lah susah sehinggakan mak sedara pun da penat nak angkat guwa ke bilik mandi hahaha. Kalau mak tuh toksah cerita lah hehe. Memang dah taw penat lelah mak tuh hehe. Eh mak pulak, mama lah. Lepas tuh dalam seminggu tuh berapa hari je guwa hadirkan diri ekeke. Antara alasan popular yang guwa sering bagitaw adalah,

“Maa! Orang geli lah bila naik beca tuh”
“Maa! Nasi kat tadika tak sedap lah.”
“Maa! Orang dah pandai baca, takyah eh pegi tadika harini? Hehe”

Yang tuh je lah yang guwa still ingat wakaka. Tapi tang naik beca boleh jadi geli tuh, guwa tak sure kenapa haha.

Bila dah masuk 6tahun, mama dan abah hantar guwa ke tadika perpaduan. Sebab kena tukar tuh taktahu kenapa, maybe sebab guwa banyak bagi masalah kot wakaka.

Masa kat tadika perpaduan tuh, kehadiran guwa tuh kira okey lah dari tahun lepas. Guwa still ingat lagi suasana kat tadika tuh. Tambah2 lagi masa waktu pagi. Lepas tuh kan, masa belajar kat sana, banyak jugaklah peristiwa yang tak patut berlakuu. Yang tuh malas nak cerita sebab guwa maluuu. Biasalah kanak kanak hingusan lagi kan ekeke.


To be continued….

Thursday, 6 February 2014

Cuba Try Test

ASSALAMUALAIKUM.

Entry untuk kali ini guwa nak share 1 video yang baru guwa buat. Guwa still belajar benda nih. So, harap korang enjoy :)

Ni first video:










Saturday, 1 February 2014

Short Entry

ASSALAMUALAIKUM

Adakalanya saya rasa aneh,saya mencintai seseorang yg saya langsung tak tau namanya siapa,dimana dia tinggal,siapa dia,saya taktahu bagaimana paras rupanya. Yang saya tahu,saya cintakan dia dan saya tahu dia ada serta wujud dimuka bumi,cuma pertemuan itu tidak diizinkan oleh Allah lagi atas sebab2 yang Dia saja yang Maha MengetahuiNya.