Tuesday 11 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 6]

   Ayee yang masih konsisten memandu tanpa mengalih wajahnya sedikit pun ke arah Laila di sebelahnya. "Yes. Saya rasa esok hari yang sesuai, right?" "Tolong jangan buat lawak Encik Ayee." "Why not? Lagipun awak still single kan. So, tak takut ke jadi andartu?" Ayee senyum sinis. "Sejak bila pandai bash saya macam nih?" Laila menahan geramnya. Mamat ni serius atau buat lawak? "Sejak saya jatuh cinta dengan cikgu." Nada suara Ayee mendatar. Laila terdiam. Dia cuba menutup mata. Berpura-pura tidak mendengar luahan hati lelaki itu. Dia tidak mahu kejadian itu berlaku sekali lagi.

                                 *********************

   Di taman permainan, Ad dan Lela berteduh di bawah pokok yang rimbun. Mereka sedang bermain masak-masak. Ad yang tidak berpuas hati mula meluahkan perasaannya. "Lela! Aku bosan lah main masak-masak nih. Hari-hari main benda sama je. Aku nak main bola dengan geng Reza pun tak boleh." "Kau dah janji nak dengar cakap aku kan? So ikut je lah. Jangan banyak cakap." "Masalahnya, geng Reza tuh dah berapa kali ajak aku join team dia orang. Time tu jugak lah kau ajak aku main benda perempuan nih. Huh." Lela hanya mendengar bebelan teman rapatnya itu. 

   Tiba-tiba, datang sekumpulan budak lelaki diketuai Reza. Mereka mendekati Ad dan Lela. "Ad! Jom lah join team aku. Dah lama kau tak main bola." Ad bangun dari tempat duduknya. "Aku nak join! Tapi Lela tak bagi aku join team kau." "Hmm. Takpelah Ad. Kau ikut je dia orang. Aku tahu kau dah bosan. Tapi jangan pernah tinggalkan aku." Ad yang sudah jauh meninggalkan Lela seorang diri menjerit ke arah teman rapatnya, "Aku janji Lela. Aku takkan pernah tinggalkan kau. Sorry aku terpaksa ikut Reza petang nih." 

   Namun, janji yang diberikan oleh Ad itu hanyalah sia-sia. Ad dan keluarganya pergi meninggalkan kampung dan teman rapatnya tanpa mengucapkan selamat tinggal. Lela sudah tidak dapat mengawal perasaan sedihnya. "Mak..ayah..kenapa Ad tinggalkan Lela..Ad dah janji taknak tinggalkan Lela.." Emaknya puas memujuknya, namun gagal. Alasan apa lagi yang harus diperjelaskan kepadanya. Emak dan ayahnya pun tidak tahu apa punca sebenar keadaan ini. "Lela..mungkin satu hari nanti Ad akan datang balik ke sini ye." "Tak mungkin. Lela benci Ad. Ad tipu Lela! Ad bukan lagi kawan baik Lela!" 

                                 *********************
   Di dapur rumah milik Encik Hairi, kelihatan pasangan baru berkahwin itu sibuk menyediakan makanan untuk makan malam. Maya yang sedang mengacau kuah di dalam periuk itu berhenti seketika. Dia yang jauh mengelamun disedari oleh suaminya. Adha mendekati isterinya, "Maya dah sampai ke mana tuh?" Maya tersedar dari lamunannya. "Ehh abang. Maya dah sampai ke hati abang lah haha." "Amboii. Ber'sweet-sweet' kat dapur pulak." Adha mencubit pipi isterinya. Maya mengeluh kecil. Dia ingin meluahkan sesuatu di fikirannya, "Abang.." "Ye.." "Maya rindukan nenek. Dah lama Maya tak jenguk nenek kat kampung. Nenek okey tak kat sana. Hmm." "Rindu nenek? Okey. Esok pagi kita balik kampung Maya."

   Maya macam tidak percaya dengan kata-kata Adha, "Abang betul ke nih? Kita bawak nenek ke sini boleh?" Adha mengangguk. "Kenapa? Nampak abang main-main ke? Boleh je sayang. Nanti kita beli baju baru untuk nenek." Maya memeluk lengan suaminya. Kegembiraan terjelas di wajahnya. "Sayang abang sampai nafas terakhir." "Sayang Maya jugak." 

   Akhirnya sampai juga ke kampung Maya. Sunyi sepi. Tapi pemandangannya cantik. Maya ketakutan. Mungkin traumanya masih melekat lagi. Adha cuba menenangkannya. "Jangan risau sayang. Abang kan ada." Pintu rumah papan itu diketuk. Namun pintu tidak dibuka. Salam yang diberi tak terjawab. Apa yang berlaku pada neneknya? Maya dilanda kebimbangan.

   "Abang..kenapa nenek tak buka pintu?" Suaranya menjadi serak. Menahan dirinya daripada menangis. Adha mula menendang pintu papan itu sekuat hatinya. Terbuka jua. Di dalam rumah papan itu, nenek Maya terlantar di atas lantai. Badannya lesu tak bermaya. Di wajahnya kelihatan banyak kesan luka dan lebam. Adha mengarahkan isterinya dengan segera, "Maya! Call ambulans cepat." 

   Doktor keluar dari wad pesakit. Adha bergegas mengejar doktor. Maya mengikut dari belakang. "Doktor, nenek kami macam mana?" Maya menunduk sayu selepas mendengar pertanyaan suaminya. "Alhamdulillah okey. Cuma nenek kamu kena banyak rehat dan penjagaan yang sempurna." Adha menarik nafas lega manakala Maya menitiskan air matanya tanda bersyukur. Maya menyuarakan hasratnya, "Boleh kami jumpa dengan nenek sekarang?" 

   Doktor mengiyakan lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Kedua-dua pasangan tersebut masuk ke dalam wad di mana nenek Maya ditempatkan. Maya menarik kerusi di sebelah katil nenek untuk Adha manakala dirinya baring di sebelah neneknya. "Nenek..Maya datang jumpa nenek nih. Maya rindu sangat-sangat dengan nenek. Maya nak minta maaf sebab Maya tinggalkan nenek. Maya minta maaf.." Dia membisik lembut di telinga neneknya. Air matanya tumpah. Neneknya yang tidur tadi tersedar. Matanya terbuka perlahan-lahan. Tangannya terketar-ketar membelai pipi cucu kesayangannya.

   "Maya..nenek rindukan Maya jugak.." Maya bangun lalu memeluk neneknya. "Maya janji Maya takkan tinggalkan nenek lagi. Maya sayang nenek.." Mereka berdua menangis teresak-esak. Adha pula masih ego. Dia cuba menahan air mata jantannya keluar melihat kasih sayang dua beranak itu. "Nenek..ni suami Maya, Adha. Dia baik nek. Dia akan jaga kita." Adha menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan nenek isterinya. Nenek tersenyum. Di matanya terpancar satu harapan.

   Sementara di kampung Maya. "Arghh mana orang tua tu pergi!" Pakcik Maya menumbuk dinding rumah papan itu. "Mungkin Maya balik ke sini masa aku takde. Dia bawak orang tua tu pergi. Arghhh! Takpe Maya takpe. Kau ingat kau boleh sembunyikan diri dari aku lagi?" senyum di bibirnya terpamer. 

                                 *********************
   Pertunangan antara Laila dan Ayee berlangsung dengan sempurna. Laila yang berada di biliknya, menatap sebentuk cincin emas di jari manisnya.

No comments:

Post a Comment