Thursday 30 January 2014

Ini ada satu ceritaaa

ASSALAMUALAIKUM.

Oi oi org2 kampung sekalian!




Harini aku nak bagitaw satu cerita ye. Maybe bagi korang cerita nih tak best. tapi bagi aku err not bad lah wkaka. dah cerita aku kan? so sukahati aku lah nak komen ape pun ekeke.

So, ceritanye macam nih.
Pada satu hari iaitu hari khamis. tak silap aku la kan. masa tu petang lebih kurang pukul 3.30 pm. masa tuh aku baru habis kelas kan. so solat zohor pun belum then aku pun pegi singgah surau. alang2 dewan kuliah dah dekat kan.

Pastu kan, masa nak ambik wudhuk tuh, aku letak lah jam aku atas beg. bila fikir2kan balik, eh bahaya letak atas beg, nanti tercicir. so aku pun letak dalam pencil case aku. pastu aku pun balik ke bilik aku.

Bila dah sampai bilik, maksedara pun call. dye kata nak ambik aku pegi kedah. so aku pun dgn kadar yg segera terus packing baju. aku duk sana 4hari 3malam.

Nak d jadikan cerita, malam ahad tuh, masa nak kemas2 buku sebab hari isnin tuh ade kelas, aku baru perasan ade something yg hilang, JENG JENG JENG.

Rupa2 nye jam aku hilang! UWAAA. mcm mana aku bole terlupa pasal jam tuh. selama 4hari tuh, macam mana aku bole tak terfikir apa2 pun pasal jam. dah lah jam tuh jam mama yg dulu. prftt~ kalau jam aku sendiri takpelah nak hilangkan uhuk2.

Then, malam tuh jugak aku tanya roomate, ade tak abg2 senior buat announcement pasal kehilangan jam? dia kata takde. aku pun tak puas hati terus selongkar backpack, laci almari, atas katil, celah2 buku, semuanya takde, hmm. aku call maksedara aku, ade nampak tak kat rumah dia, tapi jawapannya sama.

Aku pun give up dah. aku pun ambik henset aku. p kat music. NOW PLAYING : KU BENAR2 CINTA.
Arghh! lagu nihhhhh~ kena je dengan situasi aku masa tuh. nasib baik aku tak nangis haha. aku pun takleh nak tido malam tuh. sebelom tido aku berdoa, bangun je dari tido aku berdoa. yelah mana lah ahu kan tiba2 je ALLAH bagi aku klu kat mana jam tuh ade. rupa2nye ALLAH tak bagi lagi klu tuh. aku pasrah je.

Kemudian hari selasa tuh. masa dalam kuliah, aku tanya budak kuliah nih, ade nampak tak jam kat surau ?
dia kata ada. wahh! happy jap aku. akhirnyeee~~
Dia teruskan lagi kata2 dia, "jam warna putih ke?"
prftt~ bukan jam aku tuhh. uwaa!

Tak sampai 5 minit dialog tuh, aku pun bukak pencil case aku sebab nak ambik pen kan. then,
JENG JENG JENG.


aku nampak jam aku woi! ALHAMDULILLAH,
pastu aku baru teringat yg aku letak dalam pencil case masa ptg khamis tuh haha.

Lastly, aku pun text maksedara aku, aku da jumpa da, kat dalam bende  tuh kan.
Maksedara pun reply, "Cittpoooodahhh"

Friday 17 January 2014

Apabila nikmat ditarik.

ASSALAMUALAIKUM

YA ALLAH, aku yakin kepada Mu. Aku tahu apa yang ENGKAU takdirkan untuk aku ada hikmah di sebalik tuh. 

YA ALLAH, aku sungguh sakit dengan apa yang dah kena pada aku nih. Aku taktahu apa punca berlakunya kesakitan nih. tapi aku yakin, ENGKAU takdirkan jadi mcm nih maybe utk kifarah dosa. 

YA ALLAH, ENGKAU telah pun tarik nikmatMu terhadapku. Maybe aku terlalu bangga dan riak dengan nikmat nih sebelum ENGKAU menarik balik nikmat itu dengan kesakitan.

YA ALLAH, ENGKAU mengujiku sewaktu aku tidak bersama dengan mamaku. tapi aku yakin YA ALLAH, bhawa ENGKAU selalu ada di sisi ku walaupun mama tidak berada di hadapan ku.

YA ALLAH, sekarang baru aku tahu, bagaimana rasa kesakitan yg di alami nih. aku tahu kesakitan nih tidak separah dgn saudara2 seISLAM ku yg di aniaya oleh org2 yg zalim. aku bersyukur kepadaMu ya ALLAH.

YA ALLAH, aku menunggu masanya untuk tercabut. aku takut dengan sakit tuh. YA ALLAH, hanya kepada ENGKAU aku redha.