Tuesday 11 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 9]

   Adha dan Maya telah pun bertolak ke hotel untuk makan malam. Sementara di rumah Encik Hairi, nenek berasa tidak sedap hati. "Hairi, makcik rasa semacam je. Hmm." Encik Hairi pelik. "Kenapa? Bukan ke dia orang tengah happy sekarang nih?" "Entah lah. Makcik harap Adha akan jaga Maya dan kandungannya baik-baik." Encik Hairi menenangkan nenek, "Insha Allah takde apa-apa." Nenek senyum untuk sedapkan hatinya.

   Kereta Adha sampai ke parking hotel. Adha turun dari kereta. Dia membuka pintu untuk isterinya. Romantik. Semasa mereka berdua berjalan menuju ke pintu hotel, ada seseorang datang ke hadapan mereka dengan sebilah pisau rambo. Adha terpana. Maya ketakutan, dia memeluk lengan suaminya untuk dilindungi. Lelaki itu ketawa dengan kuat melihat reaksi Adha dan Maya. 

   Adha menjerkah lelaki tersebut, "Kau siapa? Apa yang kau nak?" "Aku bukan siapa-siapa HAHA!" "Baik kau blah dari sini sebelum aku panggil pakguard." Lelaki itu berpura-pura ketakutan, "Wooo panggil pakguard. Seramnyee. Kalau kau berani, kenapa kau tak lawan aku 1by1 ? HAHA!" Adha tercabar lalu menyuruh Maya masuk ke dalam kereta. Lelaki itu menghalang. "Maya..Maya. Nak pergi mana sayang? Taknak bersalam dengan pakcik ke? Kahkahkah." Ketawanya makin galak. "Sudah lah pakcik! Jangan ganggu hidup kami lagi. Tolong lah pakcik..tolong laa.." Maya merayu dalam tangisan. 

   Adha tak sanggup melihat isterinya merayu lagi kepada lelaki itu. Tanpa ragu-ragu, Adha menumbuk bertubi-tubi perut pakcik Maya. Rebah ke lantai.

   "Maya pergi masuk dalam kereta cepat!!" Jerit Adha. Maya tidak ikut arahan suaminya, "Maya taknak tinggalkan abang!" Adha menuju ke arah Maya. Dia cuba memujuk isterinya. Pakciknya bangun lalu berlari ke arah belakang Adha. Maya ternampak pakcik itu di belakang Adha terus cepat-cepat melindungi suaminya daripada diserang. Malang tidak berbau, Maya ditikam semasa melindungi Adha lalu jatuh tersungkur. "Maya..!!" Adha menyeru nama Maya dengan kuat. "Abang..baby kita..." Maya memegang perutnya. Jatuh jua air mata Adha melihat keadaan Maya. Dia berkali-kali memeluk isteri tersayang. Lelaki itu masih dengan gelak ketawanya, "HAHAHA! Maya dah jadi mayat!" Adha geram. Dia ingin menuntut bela ke atas isterinya. Berlaku lah satu pergelutan antara mereka. Namun, Adha dikalahkan dengan teruk dan lelaki itu melarikan diri dengan segera. 

   Adha dalam keadaan parah terbaring di sisi Maya lalu memanggil nama isterinya, "Maya...bertahan sayang..abang ada...kat sini sayang..abang selalu ada..." tangannya cuba menggapai tangan isterinya yang lemah longlai kerana mengalami pendarahan yang teruk. Adha tak mampu bertahan lagi. Akhirnya dia tidak sedarkan diri.

                               *********************
   Laila masuk ke dalam bilik emaknya. Dia duduk di atas katil sementara menunggu emaknya habis berdoa selepas solat. Tak lama kemudian, Puan Lina menegur anaknya yang sedang mengelamun. Laila ada masalah dengan Ayee ke? Detik hati Puan Lina. "Laila dengan Ayee okey ke?" "Hmm..mak rasa..?"

   Laila meletakkan kepalanya di bahu emaknya. Puan Lina membelai rambut Laila lemah lembut. "Hati mak rasa kamu berdua tak okey. Mak nak tanya something lah. Kamu kena jawab dengan jujur ikhlas." Laila angkat kepalanya, dia pandang emaknya. Matanya berkaca. "Mak nak tanya apa..? Insya Allah Laila jawab jujur..dari hati Laila sendiri." 

   "Kamu nak teruskan lagi pertunangan dengan Ayee? Kamu masih cintakan dia?" Laila senyap. Kemudiannya Laila menanggalkan cincin di jari manisnya, lalu meletakkan di atas tapak tangan Puan Lina, "Emak..ni jawapan Laila untuk soalan mak. Jawapan nih dari hati Laila sendiri.." Laila meneruskan katanya. "Laila rasa kita orang takde jodoh. Maybe Ayee akan jumpa yang lebih baik lagi dari Laila. Laila terima je takdir Allah. Mak, Laila nak minta tolong pulangkan cincin nih kepada mama Ayee, boleh?" Suara Laila perlahan. Kedua-dua tangannya mengelap air mata di pipinya. "Boleh je sayang. Kalau itu dah keputusan kamu. Sabar ye nak. Allah dah tetapkan jodoh kamu dengan siapa." Puan Lina memeluk anaknya dengan erat. 

   "Tapi kenapa?" Mama Ayee terkejut dengan penjelasan Puan Lina. "Mungkin masing-masing akan jumpa dengan jodoh yang sebenar.." Puan Lina bertutur secara berhemah. Ayee yang baru pulang dari kerja, curi-curi mendengar perbualan tersebut di luar rumah. Dia segera melangkah masuk ke dalam, "Iya mama. Betul apa yang Auntie Lina cakap. Ayee dah jumpa jodoh sebenar." Mamanya dan Puan Lina tergamam. Mereka tak sangka dengan pengakuan itu.

   "Habis tu macam mana dengan Laila? Kenapa kamu sanggup buat macam nih terhadap dia? Kamu takde perasaan ke Ayee?!!" Mamanya bengang. Ayee selamba membalas kata-kata mamanya, "Mama..Ayee dah jumpa bakal menantu mama yang lebih baik dari Laila. Dia pandai masak ma! Dia pandai bergaya, dia setaraf dengan Ayee. Laila, apa je yang ada ma? Setakat kerja jadi cikgu tadika tuu semua orang boleh laa." "Ayee! Kamu boleh hina auntie. Tapi kalau hina anak auntie, kamu memang silap besar!" Puan Lina terus tinggalkan mereka. Mama Ayee kelihatan kecewa dengan sikap anak lelakinya itu.

                                    *********************
   Adha dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa. Nenek dah tak larat nak menahan perasaan hibanya. Dia tak sangka, nalurinya betul-betul berlaku. Dia lemah. Namun, selemah-lemah nenek, lemah lagi Adha.

   Encik Hairi menjenguk Adha yang baru sedar dari koma. Dia duduk di sebelah Adha, memegang tangan anaknya untuk memberi kata-kata semangat. "Adha..ayah ada kat sini.." Adha mengalih kepalanya ke arah ayahnya, "Ayah..Maya and baby macam mana..? Dia orang okey kan..?" Encik Hairi menarik nafas perlahan sebelum menceritakan perkara sebenar. "Ayah tahu kamu kuat Adha..apa pun yang berlaku, kamu kena redha. Maya and baby tak dapat diselamatkan." "Ayah! Maya and baby okey kan..? Apa yang ayah cakap tadi tu semua tipu kan..? Jawablah ayah!" Adha meninggikan suaranya. Dia tak boleh terima kenyataan yang baru dikhabarkan oleh ayahnya

No comments:

Post a Comment