Tuesday 11 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 7]

   Tak sangka aku dah jadi tunang si mamat tuh. Dia membisik perlahan. Bella masuk ke dalam bilik kawannya. "Amboi Laila..kau terima jugak ye pinangan si Ayee tu haha. Aku fikir kau tak suka dia." Bella seronok mengusik kawannya itu. "Aku bukan suka dia pun. Aku terima dia sebab aku taknak jadi andartu macam kau lah Bella." Laila membalas kata-kata dari Bella. "Kurang asam punya Laila!" Bella membaling bantal ke arah Laila yang gelak tanpa henti. Laila menjelir lidahnya. Padan muka Bella! Kena bash dengan aku haha. 

   Telefon Laila berdering. "Siapa pulak call aku pagi buta nih. Nak tidur pun takboleh." Laila merungut lalu mengabaikan telefonnya yang sudah pun berhenti berdering. Beberapa jam kemudian, Laila bangun dari tidurnya. Dia mengambil telefonnya.

             '8 missed calls from Tunangku Sewel'

   "Hahh? 8 missed call?" Laila cepat-cepat menelefon tunangnya, Ayee. "Hello?" Suara garau Ayee bergema di telinganya. "Hehehe Ayee. Sorry tak angkat call pagi tadi." "Baru bangun tidur? Bertuah punya awek!" Ayee mula berleter. Laila hanya diamkan diri sambil membuat muka annoying. "Dah habis?" "Habis apa?" "Bebel lah. Macam mak nenek je. Nasib baik telinga tak berdarah dengar dia marah-marah. Huh." "Siapa suruh bangun lewat. Dah jadi tunang orang pun still perangai macam tuh. Haihh." "Ye ye sorry Tuan Besar Ayee. Cik Muda Laila minta maaf banyak-banyak." Ayee cuba menahan gelaknya. Dia buat-buat tegas. Idea jahatnya muncul.

   "Saya taknak terima maaf dari awak selagi awak..." Ayee sengaja membiarkand bicaranya tergantung. "Selagi saya apa..?" Laila resah. Ayee nak bagi denda ke? "Selagi awak tak masak untuk saya." "What?! Tapi..saya tak reti masak. Awak tahu kan?" "Habis tu belajar lah. Takkan nak tunggu kahwin dulu?" "Diamlah Ayee!" Laila geram. "Saya taknak diam selagi awak tak masak untuk saya hari ini. Kat rumah mama saya." "Ayee!!! Kejam!" "Pergi bersiap sekarang. Kejap lagi saya ambil awak." Ayee diam sejenak lalu bersuara sekali lagi "Tipu je!" Ayee meletakkan telefonnya. Dia tak dapat menahan lagi ketawanya kerana berjaya mengenakan tunangnya.

                                  *********************
3 bulan kemudian

   Nenek Maya semakin pulih. Maya menjaga neneknya dengan penuh kasih sayang. Dia tekad untuk berhenti kerja di Selera Kita untuk menumpukan masa terhadap neneknya. Satu pagi, Maya mengalami alahan yang teruk sehinggakan dia muntah beberapa kali. Nenek terlalu risau dengan cucunya itu. "Maya..nenek telefon Adha ye.." Maya cepat-cepat memberitahu kepada nenek bahawa dia okey. "Takpe nek. Maya okey je. Jangan risau eh. Maya taknak ganggu abang kerja." Dia tersenyum pahit. Maya terpaksa baring setiap masa di atas katilnya. Tanpa ragu, nenek menelefon Adha kerana bimbang dengan keadaan Maya. "Hello Adha. Nenek nih." "Iya nenek. Kenapa?" "Maya..muka dia pucat sangat. Dia tak bagi nenek beritahu Adha. Tapi nenek terpaksa jugak." "Yeke nek? Nanti Adha balik." Adha menyuruh Opick bagi menggantikan tempatnya.

   Adha masuk ke dalam biliknya untuk mengetahui apa yang berlaku pada isterinya. "Doktor, kenapa dengan isteri saya?" Doktor menyemak laporannya. "Hmm. Tahniah. Kamu berdua bakal menjadi ibu dan ayah." Wajah kedua-dua pasangan itu berseri-seri. Mereka bersyukur. Maya menarik tangan suami dan neneknya. "Abang, nek, kita dapat baby!" Akhirnya keluarga mereka diberikan satu anugerah terindah. 

                                *********************
   Selama tiga bulan mereka bertunang, Laila beberapa kali menelefon dan mengajak Ayee untuk membincangkan tentang perkahwinan mereka. Tapi Ayee tidak memberi apa-apa respon terhadap tunangnya. Kelakuan Ayee berubah sekelip mata. Laila gusar dengan sikap tunangnya. Apa yang dah berlaku? Laila pernah menyoal Nia, perihal abangnya namun jawapan yang diberi tidak memuaskan hatinya. Hal ini membuatkan Laila takut. Adakah luka lama kembali berdarah? Seseorang yang terlalu disayangi akan terus meninggalkan dirinya? Bella terus memberi kata semangat terhadap kawannya, begitu juga Puan Lina dan Encik Badri.  

                                   *********************
   Maya bosan berada di rumah. Dia rindukan suasana restoran Selera Kita. Ayah mertuanya membawa Maya dan neneknya ke sana. Sewaktu Maya dan neneknya berbual di sudut restoran, dia ternampak seseorang yang pernah dia kenali. Rupa-rupanya pakciknya. Dia mengarah neneknya sembunyikan diri ke dapur bagi mengelakkan mereka terserempak dengan orang yang mereka benci. Namun pakciknya sempat melihat kelibat Maya.

                                     *********************
   Laila minta kebenaran daripada Bella untuk pulang lebih awal. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ayee di pejabatnya. Laila masuk ke dalam pejabat dan menuju ke kaunter pertanyaan. Terdapat dua orang gadis yang bekerja di kaunter itu lalu Laila menyoal mereka, "Assalamualaikum cik. Nak tanya, Encik Nik Fazril ada di office tak?" "Waalaikumsalam. Ada je. Cik ada temujanji dengan Encik Fazril ke?" Laila menggeleng kepalanya. "Habis tu kenapa ye?" Laila menarik nafas sekejap. "Saya ada urusan penting dengan dia. Urusan keluarga." "Hmm. Sekejap ye cik." Gadis itu menelefon Ayee untuk menyatakan bahawa ada seseorang ingin berjumpa dengannya. "Cik..nama cik siapa?" "Balqis." "Okey. Cik boleh follow saya sekarang." Laila mengikuti langkah gadis itu ke bilik Ayee.

Tokk tokk!

   "Come in!" Ayee yang sibuk menaip kerjanya tanpa mengalih kepala melihat tetamunya itu. Gadis itu meninggalkan Laila dan Ayee. Laila yang diam dari tadi lagi hanya melihat Ayee membuat kerjanya. Ayee mula memanggil nama Laila. "Yes cik Balqis? Ada apa yang boleh saya bantu?" Jantung Laila berdegup kencang. "Saya nak discuss pasal perkahwinan kita." Ayee terkejut dengan kata-kata Laila. Secara spontan Ayee memandang tepat wajah Laila. "Laila?!! Kau buat apa kat sini? Kau tak nampak aku sibuk?" Ayee bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah Laila. "Kau aku?" Nada suara Laila berubah. Air matanya menitis. "Kenapa awak berubah? Kenapa awak banyak bagi alasan?"

No comments:

Post a Comment