Tuesday 11 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 8]

   "Boleh tak jangan discuss pasal nih kat office aku?" Ayee mula meninggikan suaranya. "Ayee..kalau tak suka saya..kita boleh putus tunang sekarang jugak! Tak perlu seksa saya macam nih." Ayee menarik lengan Laila dengan kuat ke arah pintu biliknya. "Kau boleh blah! Buang masa aku je layan kau." "Ayee..apa salah Laila?"

   Laila merintih kesakitan namun kudratnya tak segagah Ayee. Ayee buka pintu biliknya dan menolak Laila sehingga jatuh. Tanpa belas kasihan, Ayee menutup pintu walaupun Laila merayu kepadanya. Laila keluar dari pejabat Ayee dengan lemah. Dia taktahu apa punca tunangnya berubah sikap. Dia tidak pernah melihat tunangnya bertindak sebegitu terhadapnya.

                                *********************
   Maya mendekati suaminya di ruang tamu yang sedang menonton drama di kaca TV. "Abang! Sejak bila pandai layan drama melayu nih? Biasanya Maya tengok abang layan mat saleh jee." "Hahh? Mana ada lah. Abang tengah tengok berita nih." Adha cepat-cepat tukar siaran TV. "Eleh, macam lah Maya tak nampak tadi? Haha." "Dah2. Jangan perli abang. Ehh air coklat panas abang mana?" "Ohh ye. Maya terlupa nak ambilkan. Tunggu sat noh." Maya menuju ke dapur untuk mengambil secawan coklat panas yang diminta suaminya. "Nah abang, air coklat panas special for my lots of love, my prince, my heart, my sunshine and blablabla. Haha." Adha mengangkat kening kanannya. Hairan. "Maya dah kenapa?" "Saja nak sweet-sweet. Nanti dah tak boleh buat macam nih." Maya cuba tersenyum namun tak semanis biasa.

   Adha meletakkan cawan dengan segera. "Apa yang Maya merepek nih? Haihh." "Tak merepek pun. Hmm. Abang, Maya minta maaf taw kalau buat salah. Abang, thanks sebab jadi hero Maya masa first time kita jumpa. Maya nak abang gantikan Maya untuk jaga nenek boleh tak? Maya tak selalu ada..." Adha meletakkan jarinya di bibir Maya. "Stop it. Abang taknak dengar apa-apa lagi. Abang nak Maya tahu, yang abang akan selalu ada di sisi Maya and our little baby. All of me love all of you." Tanpa sedar mata mereka berdua menjadi kemerahan. Cinta tetap akan hadir walaupun jasad terpisah.

                                *********************
   "Bella..." Laila menelefon kawannya. Dia ingin meluahkan segala terbuku di hati. Kadang-kadang hatinya memaksa untuk memutuskan pertunangan itu. Tapi, apa perasaan mak ayah dan mama papa Ayee bila tahu tentang masalah yang berlaku antara mereka berdua. "Laila! Kenapa suara kau macam tengah nangis? Kau beritahu aku cepat apa yang Ayee buat kat kau." Laila tidak dapat teruskan kata-katanya. Dia tak dapat mengawal perasaannya lagi. "Bella..bawa aku pergi..pleasee." "Okeyy. Aku akan pergi rumah kau." 

   Bella membawa Laila jalan-jalan ke taman sambil mendengar luahan hati. Dalam perjalanan menghantar Laila pulang ke rumah, Bella teringat yang dia ingin mencari keperluan harian di shopping mall. "Laila, aku lupa ar nak pergi cari barang kat mall. Kau nak follow or nak balik terus?" "Hmm follow kau je lah." "Okey!"

   Mereka telah pun sampai ke destinasi. Sewaktu mereka sedang mencari barang, Bella ternampak seorang lelaki bersama seorang gadis di kiosk bersebelahan dengan tempat mereka. Bella memerhati dari jauh. Pasangan tersebut lagaknya seperti orang tengah bercinta. Bella terkejut. "Ya Allah! Betul ke apa yang aku nampak sekarang ni?" Laila ternampak kawannya memerhati seseorang. Dia menegur, "Bella? Kau tengah perhatikan siapa?" Bella cepat-cepat menafikan perbuatannya tadi. "Aku tak perhatikan siapa-siapa. Jom kita balik." 

   Bella menarik tangan Laila dan berjalan dengan cepat. "Tapi Bella, kau belum beli barang kau lagi. Lagipun kita baru sampai kan?" Laila melepaskan tangannya dari genggaman Bella. "Laila! Takpe lah. Aku tak jadi nak beli." "Pelik lah kau nih. Dah-dah mai ikut aku. Nanti kau lupa pulak." Laila meninggalkan Bella di belakang. Tanpa sengaja, Laila terlanggar seseorang semasa berjalan. "Aduh.." Laila menggosok kepala dan membetulkan hijabnya. "Hey perempuan. Mata U letak kat mana haa? Tak nampak ke boyfriend I kat depan U tuh?" Laila pandang ke atas. Laila dan lelaki itu bertentang mata. Masing-masing terkejut.

   "Ayee??" Ayee buat muka selamba apabila namanya disebut. Gadis di sisi Ayee gelisah. Siapa pulak perempuan nih? Getus hatinya. "Ayee dah ada girlfriend rupanya. Tahniah k. Semoga berkekalan sampai syurga. Hehe. Tak sangka dapat tahu jugak siapa bakal isteri Ayee sebenarnya." Laila memaksa dirinya berpura-pura gembira. Gadis itu tersenyum sinis. "Thanks. By the way, U nih siapa?"

   "Saya? Kawan lama Ayee." Ayee mula bersuara. Dia takmahu kekasih barunya kenal siapa Laila. "Kita pernah kenal ke? Sorry. Maybe salah orang kot. Ramai yang nama Ayee. Takpelah..kami nak pergi tengok wayang dulu. Nanti terlepas pulak. Jom sayang." Ayee dan kekasihnya melangkah pergi tinggalkan Laila. Bella dah tak sanggup melihat kawannya diseksa seperti itu. Bella menghampiri Laila. "Bella, aku rasa sudah tiba masa untuk putuskan pertunangan nih. Aku dah penat. Aku malas nak bazirkan masa and air mata aku untuk dia lagi. Esok aku nak mak ayah aku pulangkan cincin nih." Bella memeluk kawannya. Membisik kata-kata semangat. 'You are very strong girl, dear'

                                    *********************
   Adha merancang untuk membuat suprise untuk isterinya. Dia mengajak isterinya ke hotel untuk 'candle light dinner'. "Maya dah siap belum? Dah pukul berapa dah nih." Adha melihat jam di tangannya. "Dah siap. Sorry lambat taw. Baby kita pun nak lawa jugak hahah." Adha memimpin tangan isterinya turun dari tangga. 

   Encik Hairi dan nenek melihat aksi mereka berdua. "Amboi amboi. Kamu berdua nak pergi mana nih?" Encik Hairi bertanya. Adha tersengih seperti kerang busuk. "Candle light dinner lah ayah. Bila lagi nak romantik macam nih, kan sayang?" Adha memandang isterinya. "Ishh abang nih. Malu pulak Maya. Ayah jangan layan sangat abang nih." Mereka bertiga ketawa mendengar ucapan Maya tadi. "Kami pergi dulu ayah, nenek." Adha meminta izin. "Jaga Maya dan baby tuh taw." kata nenek terhadap Adha.

No comments:

Post a Comment