Wednesday 12 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 14]

   Laila membuka mulutnya jua. "Sorry lama tunggu saya tadi. Budak-budak taknak lepaskan saya. Ada yang nangis dan peluk bila saya nak keluar tadi. Saya pun tak sanggup nak tinggalkan diaorang. Saya sayang diaorang." Esakan Laila kedengaran semakin kuat. Adha memandang isterinya, hatinya mula terdetik perasaan serba salah, tapi dia masih dengan sikapnya itu. Dia diam seribu bahasa.

                                 *********************
   Setelah Laila berhenti kerja, setiap pagi dia akan menolong nenek buatkan sarapan pagi untuk ayah mertuanya dan Adha. Dia juga belajar memasak yang biasa-biasa saja dengan nenek seperti bubur dan nasi goreng.

   Namun pagi itu, nenek tidak ada di dapur. Laila kehairanan. Dia cuba mencari nenek di biliknya. Laila mengetuk pintu bilik tetapi tiada respon. Dia curiga dan lantas membuka pintu bilik. Jasad nenek terbaring di atas katilnya. Laila menghampiri nenek. Nenek kelihatan pucat dan badannya panas. Nenek demam ke? Bisik Laila.

   Tanpa membuang masa, dia keluar dari bilik nenek untuk memanggil Adha. Namun hanyalah sia-sia kerana Adha dan ayah mertuanya sudah pun pergi ke restoran lebih awal dari biasa disebabkan ada majlis penting di Selera Kita.
Laila membawa sebekas air dan sehelai tuala untuk menyejukkan badan nenek. "Nek..demam eh..jangan risau taw..Laila akan jaga nenek sampai nenek sihat balik." Laila menguntum senyuman terhadap nenek. "Laila..walaupun kamu bukan cucu kandung nenek, nenek sayang kamu. Tapi sayang, Adha tak dapat tengok kebaikan kamu cu." 

   "Nek..jangan salahkan Adha. Dia terlalu sayangkan arwah Maya. Dia setia nek. Sebab tu dia tak dapat terima Laila dalam hidup dia." "Hmm..sabar je la ye.." nenek menggenggam tangan Laila yang sedang menyejukkan dahinya. "Nek..Laila masak bubur ye. Macam yang nenek ajar semalam hehe. Sorry eh nek sebab Laila tak reti masak macam arwah Maya. Hmm." "Takpe..nenek tak marah pun. Sekurang-kurangnya kamu nak belajar kan?" Laila mengangguk kecil. "Nenek tunggu kejap taw. Laila nak pergi dapur. Kalau ada apa-apa, panggil Laila je."

   Aku nak masak bubur? Adoii. Dah la baru belajar semalam. Aku tak ingat lagi step dia macam mana. Laila bebel sambil tangannya mengetuk periuk dengan senduk. Dia cuba untuk mengingat resepi dan cara untuk masak bubur. Selepas 15minit dia berjalan ke hulu ke hilir di dapur, akhirnya dia berjaya ingat kembali. Lalu dia mula untuk memasak.

   Selepas dia selesai membuat bubur, dia mengangkat periuk yang masih panas itu ke atas meja. Namun malang nasib Laila kerana dia tergelincir disebabkan tompokan minyak di atas lantai lalu Laila jatuh terjelepok sehingga bubur yang masih panas itu tertumpah di atas kakinya. "Arghhh!" Laila jerit sekuat hatinya. Adha yang baru saja masuk ke dalam rumah terus berlari menuju ke dapur. "Laila..! Kenapa ni?" Dengan segera Adha memapah Laila ke ruang tamu. Adha mengambil kotak kecemasan untuk merawat kaki Laila yang melecur. "Kau tengah kalut buat apa sampai jadi macam nih?"

   Adha menyoalnya sambil menyapu sedikit krim di kaki Laila. "Buat bubur. Untuk nenek." Laila menjawab satu-satu kerana dia baru saja habis menangis. Bahunya masih terjongket-jongket. "Nenek biarkan kau buat sorang-sorang?" Kening kanan Adha terangkat. "Nenek demam. So saya nak masak untuk dia." "Owhh nenek demam. Hmm. Takpelah biar aku masakkan untuk dia. Kau duduk je sini. By the way, kau dah bagi nenek makan ubat?" Laila mengangguk. "Awak dah tak benci saya ke?" Laila teragak-agak. 

   Adha tiba-tiba berhenti membalut kaki Laila setelah terdengar soalan itu. Dia termenung sejenak dan menyambung kembali membalut kaki Laila. Adha tidak memberi sebarang jawapan. Kemudiannya Adha bangun dan berlalu ke dapur. Laila hanya melihat saja kelakuan suaminya itu. Persoalannya tiada jawapan.

                             *********************

   Di dapur Selera Kita, Opick melihat Adha sedang masak dengan penuh kosentrasi. Sudah lama dia tidak tengok Adha bersemangat begini. "Chef Adha selamat kembali!" Opick berkata sambil mendepakan kedua-dua tangannya seolah-olah mengucap selamat pulang. Air muka Adha mulanya serius bertukar gembira. "Kau ingat kau kelakar ar?" Senyuman Adha terukir. "Alaa Adha, aku rindu nak buat lawak dengan kau. I really miss you." Bisik Opick di tepi telinga Adha. Serta-merta Adha menolak Opick, "Kau dah kenapa bro? Macam nak goda aku je? Geli ar!" Opick gelak dengan kuat apabila mendengar kata-kata yang dilontar oleh Adha. "Rileks k. Aku normal lagi. Hmm nak tanya boleh?" "Apadia..?" 

   "Tapi, kau jangan marah aku." "Tengok ar dulu. Penting sangat ke soalan kau tuh..?" "Boleh tahan ar jugak penting tuh. Hmm. Okey. Aku tanya eh." "Cepat ar. Kau ingat aku nih kaunter pertanyaan ke? Nak tunggu soalan kau berjam-jam. Kang tak pasal-pasal boss marah sebab duk sembang je." "Yela yela. Sebenarnya, kau dah boleh terima Laila ke..?"

   Adha tersentak. Dia mula ingin mengelak dari Opick, tetapi sempat dihalang. "Kau jangan lari. Kalau kau tak boleh terima dia sebagai isteri, tolong ar jangan biarkan dia terseksa. Aku taknak kau jadi lelaki tak guna." Opick menepuk-nepuk bahu Adha. Dia menyambung katanya, "Aku bukan nak masuk campur urusan kau. Tapi sebab kau kawan aku lah, aku nasihat macam nih. Apa-apa pun, aku happy tengok kau tadi. Hmm aku buat kerja dulu ye." "Okey." Adha hanya menjawab sepatah saja.

                               *********************

   Selepas pulang dari kerja, Adha singgah ke pantai sebentar. Dia buka pintu keretanya lalu berjalan ke arah pokok kelapa lalu duduk di situ. Dia mula bermonolog sendirian. Aku kejam sangat ke sampai Laila terseksa? Aku cuma tak boleh accept dia. Tapi kenapa aku maki, hina dan pernah sekali menampar dia? Aku lelaki tak guna ke? Adha meraup mukanya dan melepaskan keluhan kecil. Dia bangun dan berjalan di tepi pantai. Mindanya mula terimbau mimpi semalam. 

   "Abang..tengok lah kek cawan nih. Cantik kan..?" Maya menarik tangannya untuk melihat kek cawan di atas meja makan itu. "Cantik. Siapa yang buat ?" "Teka lah." "Maya yang buat."

No comments:

Post a Comment