Wednesday 19 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 15]

   Maya menggeleng kepalanya. "Salah! Abang nak tahu siapa yang buat?" "Nak lah sayang." Maya menyuruh Adha berpusing ke belakang. Di belakangnya ada seorang perempuan yang sedang berdiri agak jauh dari mereka berdua. "Laila?" Adha memandang Maya untuk mengesahkannya. "Iya abang. Kak Laila yang buatkan. Abang suka tak?" Adha bengang. "Err apa semua nih..? Abang tak faham." "Abang..kak Laila kan isteri abang. Kenapa abang takboleh terima dia? Sedangkan Maya okey je. Maya nak abang bahagiakan dia macam apa yang abang buatkan untuk Maya. Kak Laila tu baik orangnya." Setelah Maya berkata sebegitu, dia terus memimpin tangan Laila ke arah Adha. Kemudian kelibatnya hilang sedikit demi sedikit. Adha terus menerus menyeru Maya supaya jangan pergi namun gagal. Abang, Maya cintakan abang. Begitu jugak dengan kak Laila. Suara Maya terngiang-ngiang di telinganya.

   Apa yang dimaksudkan Maya? Aku tak faham. Mungkin Maya akan bahagia bila aku layan Laila dengan baik. Sayang, abang buat nih demi kebahagiaan kamu. Tapi, takkan ar nak minta maaf macam tu je? Nanti hilang ar kemachoan aku. Nanti aku fikir, cara untuk berbaik dengannya tanpa menjatuhkan macho aku. And especially ego aku. Heh.
Lantas Adha masuk ke dalam keretanya dan meluncur pulang ke rumahnya.

                              *********************

   Laila setia menemani nenek yang masih belum sihat. Dia menyuapkan nenek bubur ayam dimasak oleh suaminya. Adha berada di sebalik pintu bilik nenek, memerhati tingkah laku isterinya.

   Laila, maafkan aku sebab aku tak pernah nampak kebaikan kau. Adha mengucap perlahan. Dia masuk ke dalam bilik, "Nenek dah okey ke?" Adha bertanya kepada nenek. "Nenek okey je Adha." "Ishh nenek nih, kalau dah okey kenapa belum kebah lagi demam tuh? Hehe." "Nenek dah tua. Sebab tuh lambat sikit nak kebah." "Hehe nenek..Laila, aku ada benda nak cakap dengan kau." Laila terkejut. " Kenapa..?" "Laila..ikut je suami kamu tuh." Nenek mengarahnya. Laila hanya menurut kata. Dia meletakkan mangkuk bubur di atas meja sebelah katil nenek.

   "Err awak nak cakap pasal apa..?" "Aku nak kau belajar masak dengan aku. Nenek kan belum sihat lagi. So, kau kena belajar dengan aku. Takkan nak harapkan aku je yang tolong masak untuk nenek. Aku pun ada kerja kat restoran tuh." panjang lebar Adha menjelaskan kepada Laila. "Err okey..sekarang ke..?" Laila gelabah. "Kejap. Kau dah habis suapkan nenek ?" "Belum lagi." "Hmm. Okey. Kau habiskan dulu then jumpa aku kat ruang tamu. Faham?" Adha sengaja meninggikan nada suaranya. "Faham..faham.." Laila semakin gugup. 

                             *********************

   Hari ini masuk hari kedua Adha mengajar Laila memasak. Laila sering kali dimarahi Adha sehingga dia menjadi tak tentu arah. Disebabkan ketegasan Adha itu, semua kerja Laila jadi tak kena. Pernah terdetik di hati Laila, kalau lah macam nih, aku rela tunggu nenek sembuh. Nenek tak tegas macam ni pun.

   "Laila, malam nih kita nak buat ala western. So kau kena follow aku pergi mall lepas asar kejap lagi. Faham? Laila hanya mengangguk. Adha tidak berpuas hati lantas menyoalnya kembali dengan suara agak tinggi, "Kau faham ke tak?" "Faham..faham." "Haa tau pun nak jawab. Mulut ada, jawablah. Huh." Adha membebel manakala Laila mengutuknya di dalam hati.

   Di dalam mall, sewaktu Laila sedang mencari bahan untuk dimasak, dia ditegur oleh seseorang. "Laila..?" Laila mengerut keningnya. Dia cuba untuk mengecam gerangan pemuda yang menegurnya itu. "Encik ni siapa ye..?" Lelaki itu hanya menggariskan senyuman. Lalu dia membuka kacamata hitam miliknya. "Kenal lagi tak?" Laila terlopong. Dia tak sangka akan terserempak dengan lelaki itu di sini.

   "Kau boleh blah tak? Aku taknak hadap muka kau lagi. Sekian!" Laila mengeraskan suaranya lalu meninggalkan lelaki tersebut. Lelaki itu mengejarnya dan berhenti di hadapan Laila. "Amboii bahasa cik Laila..sejak bila awak jadi hardcore ni..? Biasanya sopan je dengan saya." "Peduli apa aku. Ayee, kau nak apa lagi? Kau dah ada isteri kan, so pergi je lah kat dia. Yang kau tak malu nak tunjuk muka kau depan aku dah kenapa?" "Laila..aku mana ada isteri. Aku belum nikah lagi. Awek yang selalu kepit dengan aku tu dah berambus. Dia tinggalkan aku. Lepas kikis duit aku. Mesti kau happy kan..?" "So what? Tu urusan kau. Takde kaitan dengan aku pun." "Laila..aku nak kau balik. Please.." Ayee merayu kepada Laila seperti mana Laila pernah merayu saat dihalau keluar oleh dirinya.

   "Laila!" Adha muncul di saat Laila amat memerlukan dirinya. "Abang..tolong sayang..ada orang gila kejar sayang.." Laila terus berlari ke arah Adha. Ayee terkejut. Riak muka Adha bertukar serius. "Kau nak apa dengan bini aku?" Adha menjerkah Ayee. Ayee tergugat. "Laila milik aku! Bukan kau!" Ayee menengkingnya balik. Adha mencekik kolar baju Ayee. "Kau tak reti bahasa ke? Dah terang-terang si Laila ni bini aku. Aku nak kau blah. Aku taknak ambil tahu kau siapa and aku taknak tengok muka kau lagi. Blah!" Adha menolaknya sehingga Ayee terundur ke belakang. Ayee sempat memberi senyuman sinis. "Heh, kau takkan hidup tenang!" Ayee segera meninggalkan mereka berdua.

   Mereka lama diam membisu. Hanya lagu Malaikat by Hazama di radio hotfm saja yang kedengaran. Laila tidak sedap hati dengan reaksi Adha selepas kejadian tadi. "Awak..saya nak minta maaf pasal tadi. Saya taktahu benda ni akan berlaku. Lelaki tuh yang start kacau..." Adha menyampuk bicara isterinya. "Dah. Aku takmahu dengar apa-apa." Laila melihat suaminya, "Ermm, and satu lagi, sorry terpanggil 'abang'." Adha sengaja membrek keretanya secara mengejut. Laila tergerak ke hadapan. "Abang sorry.." tutur katanya terkeluar tanpa disedari. Adha mengalih kepalanya memandang Laila yang sedang mengurut dadanya disebabkan terlalu terkejut dengan kejadian tadi. "Kau sebut 'abang' sekali lagi, aku tinggal kau sorang-sorang kat sini. Nak?" Laila cepat-cepat menggeleng kepalanya. 

                               *********************

   Encik Hairi duduk di sebelah menantunya yang sedang kusyuk menonton rancangan tv.

No comments:

Post a Comment