Wednesday 12 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 13]

   Di belakang gambar itu ada satu coretan, 

'Wahai angin Rindu, sampaikanlah salam Sayang buat Cinta dari sang Kekasih.'

Laila baca coretan itu beberapa kali. Dia akui, memang sukar untuk membuat Adha jatuh cinta dengannya. Cinta Adha terhadap arwah Maya begitu dalam sekali. Dia tak mampu untuk menandingi arwah Maya.
                                 
                                  *********************
   
   Pagi itu, macam biasa Opick datang kerja lebih awal dari Adha. Opick sedang sibuk mengemas peralatan dapur terdengar bunyi pintu restoran dibuka. 

Tingg tongg.

   Adha baru saja sampai ke restoran menuju ke dapur. Opick terpegun melihat pemakaian Adha. Segak! Seperti Chef Adha yang dulu. Yang selalu bersemangat untuk bekerja. "Perghh Adha! Kau nampak macho ar harini." Opick memujinya. "Huhh? Yeke? Maybe sebab baju nih perempuan tu iron kan. Biasanya, aku tak iron pun." Adha jawab dengan selamba. "Perempuan? Maksud kau, isteri kau si Laila tu?" "Sorry to say. Isteri aku tuu Maya. Bukan Laila." "Kau still tak berubah. Hmm." Opick sambung kerjanya. Dia malas nak bertelagah dengan Adha pagi nih.

                               *********************

   Bella melihat Laila yang sedang termenung di mejanya. Apa lagi masalah dia nih. Bella duduk di sebelah Laila, "Ada masalah dengan encik hubby ke? Baru kahwin dah ade masalah. Aiyaa." Laila memandangnya. Muka Laila seperti tiada perasaan. "Kau taw tak, bukan senang nak buat orang terima kita. Walaupun kita pernah jadi someone special dalam hidup dia." "Adha tak terima kau sebagai isteri dia?" Laila angguk perlahan. Bella cuba memujuk temannya, "Takpelah Laila. Satu hari nanti dia akan terima kau. Kau banyakkan bersabar and berdoa. Okey?" "Iyalah cik Bella. Ehh. Aku ada kelas nih. Aku pergi dulu ye. Thanks for everything dear." Laila tersenyum. 

                              *********************

   Sewaktu Laila sibuk menanda buku pelajarnya di biliknya, Adha yang baru saja keluar dari bilik mandi mula berkata, "Aku nak kau berhenti kerja dalam minggu ni jugak." Laila tinggalkan kerjanya serta merta dan memandang ke arah Adha, "Apa yang awak merepek nih?" Adha sedang menyikat rambutnya yang kusut masai menyambung katanya, "Aku tak merepek. Aku serius dengan apa yang aku cakap tadi. Lagipun ayah dah setuju pasal nih." 

   Laila bangun dari kerusi dan terus berdiri di hadapan Adha, "Tak mungkin ayah setuju! Awak takpuas hati lagi ke sakitkan hati saya? Saya pun ada hak jugak! Saya ada kehidupan saya sendiri. Kerja sendiri. Kenapa awak tak pernah faham saya..?" Laila berkata dalam tangisan. Adha tidak ambil peduli dengan keadaan Laila sekarang. Dia tetap dengan keputusannya. "Kau kena ikut cakap aku. Aku suami kau! Kalau kau taknak berhenti sendiri, biar aku yang beritahu boss kau." "Tapi kenapa saya kena berhenti..? Tolong ar explain.." "Kau akan tahu kenapa aku suruh kau berhenti."

   "Kenapa awak dah berubah macam nih. Tak sama macam kita budak-budak dulu..kenapa sekarang awak selalu sakitkan hati saya..kenapa.." Laila menangis tersedu sedan. Adha masih seperti tadi. Ego. Tidak ada perasaan. "Tu cerita lama. Kau takpayah nak ungkit balik." "Tapi..Maya tu pun cerita lama jugak. Saya isteri awak sekarang. Bukan arwah Maya. Tolong lah anggap saya macam arwah Maya.." 

Pangg!

   Satu tamparan hinggap di pipi Laila. Dia terpana dengan tindakan Adha tadi. Adha berang. Dia tinggikan suaranya, "Kurang ajar! Kau jangan pernah anggap Maya tu cerita lama! Dia selalu ada di hati aku! And aku takkan pernah sesekali anggap kau isteri aku! Aku nak kau berhenti kerja mulai esok!" Laila terduduk di atas lantai. Air matanya berjujuran, tangannya masih memegang pipinya yang baru saja menjadi mangsa oleh Adha.

                                  *********************

   Laila mengemas meja gurunya selepas bertemu dengan guru besar taska itu. Bella baru saja habis mengajar, melihat temannya yang sedang sibuk mengemas semua barangnya. Bella curiga dan dia mula bertanya. "Kenapa kau kemas semua barang nih? Macam dah taknak kerja je? Haha." "Bukan aku taknak kerja tapi aku terpaksa buat jugak. Tanpa sebab." Kening Bella berkerut. "Maksud kau?" "Aku dah berhenti kerja. Hari ini hari last aku ada kat sini. Aku nak minta maaf kat kau sebab aku tak bagitau awal awal pasal ni." Laila memegang kedua-dua tangan Bella. "Kau nak tinggal aku? Sampai hati kau." 

   Bella melepaskan tangannya dari Laila. Dia menahan dirinya supaya air matanya tidak gugur. "Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau. Aku kena ikut arahan suami aku, Bella." "Kenapa suami kau buat macam nih?" "Aku taktahu apa sebenar alasan dia suruh aku berhenti." "Yela Laila..Aku harap kau takkan lupakan aku. Budak-budak ni jugak. Kalau kau ada masalah, contact je aku, ok?" "Ishh Bella nih. Kau cakap macam aku nak pergi jauh je hahaha. Aku cuma dah tak kerja kat sini. Lagipun, kau kan bestfriend forever aku. Takkan lah aku nak lupakan kau." Laila senyum sambil mencubit pipi temannya.

                                  *********************

   Adha menunggu Laila di luar taska. Dia yang menjadi driver tetap Laila sejak dia berkahwin. Biasanya Laila menumpang kereta Bella ke hulu ke hilir. Lima minit Adha menunggu isterinya. 10 minit,15 minit. Akhirnya isterinya muncul di depan pintu pagar taska. Kelihatan Laila sedang mengangkat barangnya yang berat itu untuk dimasukkan ke dalam kereta. Disebabkan Adha ingin menunjuk bahawa dia seorang suami yang baik, dia turut mengangkat barang milik Laila. Pada mulanya Laila kekok di atas bantuan itu, namun dia cuba berpura-pura biasakan diri. Eleh, nak tunjuk baik depan orang la tuh. Belakang orang macam setan. Getus hati Bella. 

   Di dalam kereta tu, Adha mula menyoal Laila. "Kenapa lambat sangat tadi? 15 minit aku tunggu dalam kereta ni haa. Mentang-mentang ar aku nih driver tanpa caj kan?" Laila dari tadi memandang ke arah luar. Dia cuba menahan perasaan sedihnya. Lama juga persoalan Adha itu dibiar tanpa sebarang jawapan. "Owhh aku cakap dengan tunggul rupanya. Patut lah takde respon. Selama ni aku ingat makhluk sebelah aku nih manusia. Rupa-rupanya tunggul."

No comments:

Post a Comment