Wednesday 19 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 16]

   "Laila, hari ni birthday suami kamu." "Hah? Iye ke? Adehh sorry Laila lupa." Encik Hairi senyum. "Takpe. Lagipun Adha sendiri lupa birthday dia. Selalunya ayah yang ingatkan dia hahaha." Mereka berdua gelak sama-sama. "Macam ni lah ayah, apa kata Laila buat suprise untuk dia malam nih. Kalau hari Ahad, dia selalu balik pukul 11 malam kan?" "Iya. Haa bagus jugak idea kamu tuh. Hmm ayah pergi restoran dulu ye. Jaga nenek baik baik." "Insya Allah ayah."

   Aku nak buat suprise apa? Takkan lah nak bawak dia pergi jalan-jalan. Nak beli hadiah pun, aku tak boleh nak drive. Kereta takde, lesen pun takde. Nampaknya satu cara je, masak! Time ni lah aku nak tunjuk skill aku kan. Hoho! Okey aku kena cari bahan-bahan cepat. Laila terus berlari ke dapur.

   Pada malam tuh, Adha baru saja sampai ke rumah. Dia melihat suasana luar rumahnya sangat gelap. Dia kehairanan. Dah nak tengah malam nih. Kenapa Laila tak bukakan lampu. Dalam rumah pun gelap. Dia berasa tidak senang duduk, lantas membuka pintu dengan cepat. Sunyi sepi. Dia mencapai suis lampu. "Ayah..? Nenek..? Laila..?" Adha menyeru nama mereka bertiga. Tiada respon. Mana semua orang pergi? Detik hatinya. Dia cuba mencari mereka di tingkat atas. Tiba-tiba lampu terpadam sendiri. Adha menjerit, "Woi! Jangan main-main dengan aku." 

   "Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Adha..Allah selamatkan kamu.." Suara itu sayup-sayup kedengaran di ruang tamu. Adha segera mendekati suara itu. Apabila Adha betul-betul berdiri di ruang tamu, lampu kembali terbuka. Adha terkejut. Di depannya ada nenek, ayah dan Opick. "Adha, happy birthday..!" "Ayah, nek, terima kasih! Woi Opick! Patut ar kau nak balik awal, rupa-rupanya nak kenakan aku jugak! Hahaha." Adha baru teringat, ada seseorang yang belum muncul. "Mana Laila..?" Masing-masing menggeleng kepala. Adha pelik. "Takkan semua tak tahu Laila pergi mana..?" "Entah. Tadi ada je." jawab ayahnya. 

   Laila datang menghampiri Adha. Tangannya menyentuh bahu suaminya itu. Adha mengalih pandangannya ke sebelah. "Awak cari saya..?" Laila memberi senyuman manisnya. Adha tergamam melihat isterinya begitu cantik sekali. "Laila ke nih?" "Kenapa..?" "Nothing." Akhirnya, Laila memberi satu hadiah kepadanya, "Awak ambil lah hadiah nih. Happy birthday." Adha mengambil hadiah tu lalu membukanya. Seutas jam berjenama Rolex. Segak! Opick mula mengacau Adha, "Wow jam Rolex tuu! Sweet bak hanggg." Adha terharu. "Thanks sayang." Ini pertama kali Adha mengucapkan terima kasih kepada isterinya. "Oh ye, saya ada masak spaghetti special untuk awak. Hehe." Nenek dan Encik Hairi berpandangan antara satu sama lain. Wajah mereka ceria melihat hubungan Adha dan Laila semakin baik.

                                 *********************

   Tengah malam itu, henfon Laila berbunyi. Ada satu mesej masuk.

'Laila, I miss U. I think we should continue our relationship like before. I really need U. Please..'

   Mata Laila yang pada mulanya sepet disebabkan terlalu mengantuk terus terbuka luas. "Gila..!" Laila menjerit. Adha yang sedang nyenyak tidur tersedar akibat jeritan Laila itu lantas membuka lampu di meja sisi katilnya. "Kenapa jerit-jerit tengah malam nih?" Laila memandang suaminya yang sedang menggosok matanya kerana terlalu mengantuk. "Err awak, saya mimpi buruk tadi. Sorry.." "Mimpi pasal apa..?" "Ada orang gila kejar saya. Seram sangat." "Alaa mimpi je tuh. Dah, pi tidur. Nanti tak bangun subuh pulak." "Okey.." Laila menjawab perlahan sambil menyembunyikan henfonnya dari Adha.

   Selepas lampu meja sisi itu ditutup dan Adha kembali tidur, Laila mencapai henfonnya lalu membalas mesej tersebut.

'Aku dah ada suami. Jangan kacau hidup aku lagi. I never love U anymore because I strongly love my hubby. I only LOVE him. Only HIM!'

'Saya akan tetap rampas awak dari dia. I'm your first love not him.'

   Laila tidak membalas. Dia tak mahu suaminya tahu pasal ni. Dia cepat-cepat memadam semua mesej dan nombor itu. Tanpa fikir panjang, Laila menanggalkan simkad henfonnya dan membalingnya ke lantai.

   Adha bangun dari tidur lalu berjalan ke arah bilik air. Semasa menuju ke sana, Adha terpijak simkad henfon Laila. Kemudiannya dia mengambil simkad tersebut, "Siapa punya nih? Kenapa pulak ada kat atas lantai. Pelik. Takpelah, kejap lagi aku check henfon aku. Mana taw simkad nih aku punya." Adha lantas meletakkan simkad itu di atas meja.

                              *********************

   "Tuhanku kamu tolonglah hantarkan kepadanya malaikat tuk jaganya. Bila ku tiada. Tunaikan semua permintaannya kerna ku cintanya sungguh-sungguh." Adha memasak sambil menyanyikan lagu Malaikat di dapur Selera Kita. Dia kelihatan sangat gembira umpama baru jatuh cinta. Namun ego masih menafikannya.

   Opick yang baru masuk ke dapur tergamam melihat kelakuan Adha itu. Adha yang masih belum sedar kehadiran Opick itu, terus mengambil kuali sebagai gitar. Dia memejamkan matanya supaya lebih feeling. Lagaknya seperti seorang penyanyi sedang mengadakan konsert. Opick cuba mengawal ketawanya namun tidak berjaya. Adha terdengar gelak ketawa tersebut lantas membuka matanya cepat-cepat. Dia melihat Opick sedang duduk di atas lantai sambil tangannya memegang perut menahan ketawanya. 

   "Apahal dengan kau?" tanya Adha. "Sepatutnya aku yang tanya soalan tuh kat kau hahaha!!" "Kenapa aku pulak?" Adha buat muka innocent. "Sebab kau tiba-tiba je melalak kat dapur nih. Aku tengok macam baru jatuh cinta je kahkahkah." "Aikk..kau ingat semua penyanyi yang melalak tuh dia jatuh cinta ke?" "Kau tuh bukan penyanyi, sebab tu aku cakap macam tuh." Opick bersiul perlahan. "Aku nak test suara aku ar. Mana taw, aku jadi penyanyi pulak." "Yela tuh.."

                                   *********************

   "Laila.." Adha memanggil isterinya yang sedang mengemas ruang tamu. "Iya awak..?" "Aku rasa macam nak bawak 1family pergi Cameron Highland ar." Laila berhenti sejenak lalu menghampiri suaminya yang sedang menonton berita.

No comments:

Post a Comment