Tuesday 11 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 11]

   "Adha takkan kahwin dengan orang lain! Adha hanya cintakan Maya! Hanya Maya!" Adha menyembur kata-katanya dengan keras dan keluar dari rumah tanpa menghiraukan perasaan ayahnya. Encik Hairi terkejut. Sehingga dia mengalami serangan jantung. Encik Hairi rebah di sisi katil anaknya. Kebetulan nenek ternampak kelibat Encik Hairi yang sudah lemah lalu bergegas menelefon ambulans.

   Adha datang ke hospital untuk melihat ayahnya. Opick yang sudah lama menemani nenek, menahan langkah Adha dengan perasaan geramnya. "Apa yang kau buat sampai ayah kau jadi macam nih?!!" Adha hanya merenung tajam. Opick berang lalu mencekik kolar baju Adha dan menolaknya ke dinding hospital. "Ni bukan urusan kau! Lepaskan aku!" "Uncle Hairi tuh bapak kau! Dan dia boss aku! Tapi kalau kau sendiri nak cederakan dia, aku takkan biarkan! Kau ni dah kenapa?!! Kau tahu tak bapak kau nyaris-nyaris nak mati!"


   Adha menggenggam tangannya lalu menumbuk perut Opick. Opick jatuh ke lantai. Adha duduk di depan Opick, "Aku datang sini nak tengok bapak aku. Bukan nak belasah kau." Dia bangun tanpa membantu Opick berdiri dan terus berjalan di mana Encik Hairi ditempatkan.


   Di dalam bilik itu, Adha melihat ayahnya ditemani oleh nenek. Nenek kelihatan sayu melihat keadaan Encik Hairi. Matanya kemerahan. Dia tak sangka Adha sanggup bertindak begini terhadap ayahnya sendiri. Adha membuka pintu bilik perlahan-lahan. Dia menuju ke arah nenek, "Nenek, maafkan Adha." Dia mengucap perlahan sambil memegang tangan nenek.


   "Jangan minta maaf dengan nenek. Tapi kamu kena minta maaf dengan ayah kamu." Nenek menahan sebak. "Nek..boleh tak Adha nak bersendirian dengan ayah sekejap?" Nenek teragak-agak. "Jangan risau nek. Adha takkan buat apa-apa.." Nenek mengangguk kecil lalu meninggalkan mereka berdua. Opick cuba masuk ke dalam, namun dihalang nenek. Opick terpaksa akur.


   Adha duduk lalu menggenggam tangan ayahnya. Encik Hairi masih belum sedar hanya mampu terbaring di atas katil. Adha tak dapat menahan hibanya lalu menangis teresak-esak di sisi ayahnya. Dia meminta maaf beberapa kali terhadap ayahnya. Dia menyesal di atas tindakan bodohnya petang tadi. Namun, ucapan maaf itu hanya lah sia-sia kerana Encik Hairi tidak dapat mendengarnya.


                           *********************

   "Laila kena kahwin dengan Ad?" Laila terkejut dengan kata-kata emaknya. Puan Lina mengiyakan persoalan anaknya itu. "Owhh hidup lagi rupanya orang tuh. Kat mana mak dan ayah jumpa dia? And kenapa Laila dipaksa kahwin dengan dia? Sedangkan sesuka hati dia je tinggalkan Laila masa kecil dulu. Huh!" Laila mendengus.

   "Kamu kenal kan Chef Adha?" Puan Lina menyoal anaknya. Laila cuba memikirkan nama yang disebut emaknya, "Hmm. Chef popular tu? Yang kahwin tahun lepas and arwah isterinya kena tikam tu ke?" "Iya Laila." Laila pelik, "Tapi..apa kaitan chef tu dengan Ad sewel..?" Puan Lina perlahan-lahan menceritakan hal sebenar kepada Laila.


   Laila bingung. Kenapa Uncle Hairi memilihnya? Dia tension. Keputusannya ada pada tangannya. Antara perasaannya sendiri dengan permintaan ayah emak dan Uncle Hairi. Dia tetap sakit hati walaupun segala-galanya sudah diceritakan oleh emaknya. Perlu ke dia jadi isteri Adha? Semata-mata untuk menggembirakan Adha balik? Hati dan perasaannya macam mana pula? Dan, Adha sanggup ke terima dia? Laila bingung. Hanya kepadaNya jualah, dia berserah.


   Setelah semalaman dia menunaikan solat istikharah, akhirnya dia membuat keputusan. Laila tahu ini memang takdir perjalanan hidupnya. Sama ada dia suka atau tidak, dia terpaksa harunginya jua. Dia yakin dengan kekasih hakikinya.


   Encik Badri ingin berjumpa dengan kawan lamanya di Restoran Selera Kita untuk memberi jawapan anaknya kepada Encik Hairi. Encik Badri menyoal salah seorang waiter di restoran itu, "Dik, Encik Hairi ada tak?" "Sorry. Encik Hairi dah 2hari tak datang ke restoran." Encik Badri kecewa. Waiter itu menyoalnya balik, "Kenapa ye encik?" "Saya ada hal penting dengan dia. Kalau macam tuh, saya balik dulu lah." Encik Badri cuba mengukir senyuman. Waiter itu menahannya, "Tunggu kejap encik. Saya nak masuk dapur kejap. Encik jangan balik dulu ye." Encik Badri menurut saja bicara waiter itu.


   Seorang lelaki segak berpakaian chef datang menghampiri meja Encik Badri. "Assalamualaikum encik. Saya Chef Opick, kawan anak Encik Hairi. Encik nak berjumpa dengan boss saya ke?" Opick menyoalnya dengan lembut. "Waalaikumsalam. Oh ye, saya Badri, kawan boss kamu. Iyaa, saya nak jumpa dengan dia. Ke mana dia pergi ye?" "Encik Hairi ada di hospital. Dia ditahan sebab kena heart attack. Kalau Encik Badri nak melawat dia boleh aje." Encik Badri terpana. Macam mana boleh terjadi. Dia segera bertanya di mana kawan lamanya itu ditahan.


                                  *********************

   Encik Hairi akhirnya sedar di samping anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dia melihat nenek sedang menunaikan solat di sebelah kiri katilnya. Dia membelai rambut anaknya perlahan. Dia tahu, Adha masih sayangkan dirinya. Mungkin kerana keputusannya yang agak berat, membuatkan anaknya bengang dengan dirinya sehingga tindakan anaknya menjadi tidak terkawal. 

   Nenek yang baru sahaja menghabiskan solatnya, ingin mengejutkan Adha  untuk menunaikan solat. Namun, dia terlihat Encik Hairi sedang membelai rambut anaknya. Nenek segera mendekati Encik Hairi dan mengejutkan Adha dari tidur. "Adha..bangun nak..Ayah kamu dah sedar.." air mata nenek menitis. Dia bersyukur. Adha terus terjaga. "Ayah..!! Maafkan Adha. Adha dah buat salah. Adha biarkan ayah macam tu je. Sorry ayah. Adha janji Adha takkan buat macam tu lagi..Adha sayang ayah!" Adha memeluk ayahnya. Tanpa bazirkan masa, nenek cepat-cepat memanggil doktor.


   Encik Badri membawa isterinya dan Laila untuk melihat keadaan kawannya itu. "Assalamualaikum.." Encik Badri memberi salam selepas masuk ke dalam bilik itu. Encik Badri menegur kawannya, "Hairi, kenapa dengan kau? Aku risau bila dengar berita nih. Sebab tu aku bawak Lina dan Laila bersama."

No comments:

Post a Comment