Wednesday 12 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 12]

   Encik Hairi senyum, "Biasalah Badri. Aku dah tua. Macam-macam penyakit ada haha. Ehh ni anak kau si Laila tu ke?" Encik Badri mengangguk kepalanya, "Iya lah. Akhirnya kau dapat jugak tengok anak aku ni kan haha." Pipi Laila menjadi merah. Dia menahan malunya. "Haha. Laila, ingat lagi tak Uncle..? Sorry sebab Uncle bawak Ad tanpa bagitahu kamu dulu. Maafkan Uncle." Adha mula merasa sesuatu. Laila menjawab lembut, "Ingat lagi Uncle. Hehe takpayah ungkit balik kisah lama Uncle, Laila okey je." 

   Adha membuka mulutnya selepas lama terdiam. "Lela..? Kawan aku dulu ke?" "Owhh ni rupanya Chef Adha. Yes, it's me. Why?" 
Adha segera menyoal ayahnya, "Ayah suruh Adha nikah dengan dia ni ke?" Adha cuba mengawal nada suaranya. "Ye nak." "Hmm. Adha nak keluar sekejap.." Dia menuju ke arah pintu bilik. "Adha! Tunggu..ayah tahu kamu marah. Please..hanya sekali ni saja permintaan ayah..ayah sayang kamu Adha.." Adha menghentikan langkahnya. Lalu dia berpaling dan memandang wajah Laila. Laila tertunduk. Dia tidak mampu berkata-kata. Laila terpaksa. Adha pun sama. Demi permintaan ibubapa, jasad mereka bakal terikat, tetapi jiwa mereka seperti meronta-ronta.

                                   *********************
   "Aku terima nikahnya Laila Balqis bt Badri dengan mas kahwinnya rm75 tunai."

   Kedua-dua pengantin itu selamat diijabkabulkan. Hati Laila berkecamuk setelah mendengar ijabkabul itu. Dia cuba menguatkan diri dari menitiskan air mata. Adha pula, mindanya serabut. Dia terimbau memori semasa menikahi Maya dulu.

   Pada malam itu, di dalam bilik Laila, Adha yang berada di atas katil sedang membelek-belek satu majalah milik Laila. Ketika itu, Laila terlalu penat dan terus masuk ke biliknya. Dia terkejut melihat Adha. Dia fikir, Adha masih berada di ruang tamu bersama ayahnya. "Awalnya awak masuk." Laila gugup. "Salah ke?" Adha yang masih lagi membaca majalah itu membalas katanya tanpa memandang ke arah Laila. "Tak salah..hmm.." "Okey." Adha diam sejenak. Dia menyambung katanya, "Kau tahu kan, hati aku hanya untuk siapa? And kau hanya dapat jasad aku je. Kau tak payah risau sebab aku takkan sentuh kau. Dan hati kau." 

   Laila tidak terkata. Dia segera mengambil bantal dan selimutnya lalu bergerak ke sofa. Dia membungkus diri dengan selimut berbunganya. Adha sempat menyindirnya, "Baguslah kalau dah tahu kat mana kau kena tidur. Tak payah susah-susah aku bagitahu." Adha meletakkan majalah itu di atas meja solek. Dan terus menutup lampu bilik. "Awak tak perlu sindir saya. Saya sedar diri!" Laila mendengus sebelum menutup matanya. "Goodgirl!" 

                                *********************
   Hari ini hari pertama Laila menjejak kakinya ke rumah ayah mertuanya. Adha melaungkan namanya dari dalam kereta, "Oi Laila, beg kau tu siapa nak angkat kan?" Laila menghentak kakinya lalu berjalan ke kereta milik Adha, "Saya yang angkat. Thanks for reminder!" Dia mengheret begnya yang berat itu. Ayah mertuanya membuka pintu rumah dan ternampak Laila sedang mengangkat begnya. "Eh Laila, meh ayah tolong angkat beg tu."

   Laila menghampiri nenek di dapur, "Nek..nak Laila tolong apa-apa ke?" "Tak payah laa Laila. Kamu tu baru je sampai sini kan? Nenek tahu kamu penat." Nenek tersenyum, Laila berasa serba salah. "Alaa nek, takpelah. Laila tak penat pun hehe." kebetulan Adha ingin berjumpa dengan nenek, terdengar perbualan antara mereka. 

   Adha mula datang menyampuk, "Nek..biarkan je Laila buat kerja. Dia ingat dia tu mem besar ar? Dah la tak pandai masak, berkemas pun entah reti ke tak. Dia fikir kalau dah kahwin dengan chef, senang-senang ar takpayah jejak ke dapur kan. Huh." Telinga Laila berdesing mendengar hinaan Adha. "Saya tak pernah pun berangan saya nih mem besar bila dah nikah dengan seorang chef! Saya memang nak buat kerja tapi nenek tak bagi. And satu lagi! Perlu ke hina kekurangan saya hahh?" Nenek cuba menenangkan mereka berdua, "Ishh Adha nih, jangan marah Laila. Dia boleh belajar dengan nenek." "Sudah la nek. Takperlu nak backup dia nih. Kalau dah tak reti, malas, memang akan jadi macam tuh selalu! Tak macam Maya!" Adha berlalu pergi. Laila tersentak. Nenek hanya menggeleng kepalanya.

   Adha masuk ke dalam biliknya, dia melihat barang-barang Laila semua diletakkan di situ. Dia bengang. Lalu dia menjerit nama Laila. "Lailaa ! Kau datang sini kejap. Cepat sikit jalan tuh! Terkedek-kedek macam itik!" Laila mengeluh. Apa lagi yang dia nak? Nenek mampu menyuruhnya bersabar aje. "Ye saya. Kenapa?" Laila senyum kelat. "Ni barang kau ke?" "Ye, nanti saya kemas barang kejap lagi."

   "Hmm kalau kau nak kemas benda-benda nih, kemas kat bilik lain ye. Sebab ni bukan bilik kau. Bilik kau kat hujunggggg sana." "Ehh, tapi ayah cakap ni bilik awak. So bilik nih, bilik saya jugak lah." Laila menggaru kepalanya. Kehairanan. "Memang ar ni bilik aku. Tapi bilik kau hujung sana, bukan sini. Faham?" Adha mencekak pinggangnya. Sesuka hati je nak cakap nih bilik dia. "Kalau kat sana bilik saya, maknanya awak pun kena tidur sana jugak lah. Awak kan suami saya?" Laila senyum sinis. "Kau jangan nak melawan!" Adha meninggikan suaranya.

   "Adha!" Encik Hairi sudah lama perhati tanpa disedari mereka berdua. "Err..ayah buat apa kat sini..?" Adha berpura-pura bertanya. Hati Laila sudah melonjak kegembiraan disebabkan kehadiran ayah mertuanya. "Bilik kamu tu bilik Laila jugak. Dia kan isteri kamu. Tak boleh ke kamu layan dia macam layan arwah Maya?" ayahnya membebel. "Apa? Layan perempuan ni macam arwah Maya? Boleh je..tapi bukan Adha lah. Nenek dan ayah je boleh layan macam tuh." "Ayah fikir bila kamu nikah dengan teman rapat dulu boleh lah jadi macam dulu. Rupa-rupanya makin teruk! Haa Laila, kamu takpayah tukar bilik. Kamu duduk je sini. Ni arahan ayah." Laila menurut kata ayah mertuanya tanpa menghiraukan reaksi Adha yang tidak berpuas hati.

   Laila menyimpan barang-barangnya di dalam almari. Semasa menyimpan, dia tertarik melihat satu gambar di dalam sebuah laci. Seorang gadis berselendang putih berbunga biru dan purple. Sangat cantik.

No comments:

Post a Comment