Thursday 30 May 2013

Dah nasib aku


ASSALAMUALAIKUM

Petang tadi kan, lebih kurang pukul 4.10pm aku ngn abah pegi la kelas English kan. masa on the way tuh aku memang rasa tak sedap hati. berdebar2 je tadi. aku fikir apa yg akan berlaku kejap lagi. takkan nak kena marah ngn teacher kot. ataupun kena denda. bila je sampai tuh, aku wat dang and jalan macam biasa je. lepas tu, bila aku sampai kat tangga, aku tengok apesal sikit je selipar harini. biasanya kalau budak2 sikit pun takde lah sampai tinggal beberapa pasang selipar diorang tuh. selipar yg ada harini pulak besar2 mcm cikgu punya -_- aku pun naik je la tangga tuh then bila buka pintu, kakak tu pun cakap "dik, nak masuk kelas ke?" aku jawab lah "aah" "dik,harini takde kelas lah" "eh? yeke?" "yup.teacher ade kursus so kelas akan start balik isnin depan" "owhh. kalau macam tuh macam mana saya nak balik satgi -_-" "adik datang ngn apa tadi?" "err datang ngn ayah. ermm takpelah nanti nak call" then aku pun call. yg paling takbole blah nasib aku baik harini sebab aku bawak henset. biasanya kalau pegi kelas aku malas nak bawak wkwkw. lepas kena bebel ngn abah haritu, aku terus bawak henset keke. ok sambung cerita balik. time aku call tuh, nasib aku baik sekali lagi bila abah aku betul2 stop kat traffic light. maknanya aku tak kena tinggal lagi lah. aku cuma kena lintas jalan huu~ aku pun cepat2 lah nak pergi sana kan. then masa nak cari kereta abah tuh, aku tak tengok da kiri kanan belakang aku. dah la aku jalan kat belakang kereta -_- kalau kereta nak undur belakang memang aku tak perasan dah. aku bukan nak bunuh diri okeyh. aku cuma takut traffic light tukar hijau so masa tuh aku cuma fokus nak cari kereta abah aku. time tengah cari tuh aku sempat tengok sekilas kereta datang, nasib baik aku perasan wkwkw kalau tak ehemm2 la kan. last2 aku pun call abah aku, abah aku cakap dye stop sebelah ngn lori, then aku pun dah nampak kereta tuh aku terus meluru la nak lintas jalan. perghh masa nak lintas tuh, datang pulak kereta sebelah kiri aku -_- aku lupa nak pandang kiri kanan sekali lagi. pastu cepat2 aku undur diri aku. then bila kereta tuh lalu aku pun terus lintas jalan and masuk dalam kereta hehe. pelik driver lori tuh tengok aku wkwkw. mesti dye fikir aku kena tinggal xD 

bila sampai rumah, aku cerita kat mama aku. dye bebel lah sebab aku tak pandai nak lintas jalan. haritu pun masa aku nak pegi tuisyen aku lupa nak pandang kiri kanan masa lintas wkaka. time tuh jugak ada kereta lalu. nasib baik kereta tuh slow je wkwkw. abah aku cakap macam nih "dahsyat la budak nih -_-" aku mampu sengih je keke. kakak aku pun ada cakap, macam mana nak dapat lesen kereta kalau lintas jalan pun tak lulus! 

Wednesday 29 May 2013

The wishes

ASSALAMUALAIKUM

Pagi nih aku nak share satu permintaan aku, bukan permintaan tapi err lebih kurang macam tu lah. maybe orang akan anggap aku poyo kot. tapi ni permintaan aku. suka hati aku lah nak wat permintaan apa pun kan. ermm sebenarnya, aku teringin sangat nak jaga family aku sendiri. maksud aku macam jadi superhero. aku tak reti nak guna istilah apa tapi memang yang tuh maksud aku. dari kecik lagi aku berangan macam tuh. contohnya bila rumah aku blackout je time malam2, aku akan follow abah aku pegi tengok apa yg patut. tapi kenapa aku tak pegi teman mama and adik beradik aku yg lain -_- senget lah. lepas tuh bila tengah malam, time aku tak boleh tido, aku akan round2 dalam rumah sorang diri. tengah malam dalam gelap pulak tuh. aku akan pegi check tingkap2 and pintu satu2 hahaha. tapi kat tingkat bawah je lah hihi~ lagi satu, dalam hati aku, aku nak sangat lindung family aku dari berlaku apa2. aku nak belajar taekwando or kickboxing tapi aku malas -_- aku pulak selalu perasan pandai guna pedang xD bila aku tengok cerita ninja assassin, aku fikir aku boleh jadi macam tuh. tapi entah lah. angan2 je lebih -_- lagi satu permintaan aku, aku kalau boleh nak berkorban demi pertahankan family and agama and negara aku. aku sanggup mati semata2 utk diorang. korang je nampak aku macam nih. degil and taktahu nak tunjuk perasaan sayang. tapi dalam hati nih hanya ALLAH je yg tahu :') kadang2 aku fikir, kalau apa2 yang berlaku, biarlah aku yg jadi mangsa. aku taknak family aku kena perkara yg buruk. ermm YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI DARI SEBARANG MUSIBAH, HANYA ENGKAU LAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA BERKUASA. AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN :')

Saturday 25 May 2013

Kisah Lifeless

ASSALAMUALAIKUM..

Antara benda yang penting bagi aku ialah internet. Maybe korang pun sama ngee. Bagi aku la kan, tanpa internet memang hidup aku jadi lifeless -_- ini serius. aku ngn internet takbole dipisahkan sehingga lah sebelum berakhirnya hidup aku. takkan lah nak mati pun kena ada internet kan? sungguh pelik. time nak nazak pun takkan lah nak sebut "internet internettttt". so nampak agak jahil di situ kan? ekeke. okey, sekarang nih aku nak cerita situasi yang agak lifeless bila tiadanya kesayangan ku itu -_-

1. situasi nih bila balik kampung.
Biasanya, aku balik kampung memang takbole nak dating ngn internet sebab aku bukannya guna berodband tapi guna wifi. betol la kot ngee~ so bila aku balik kampung je, aktiviti aku hanyalah duk depan tv. tu pun kalau ada cerita yg best2 lah. kalau tak memang aku pegi belayar ke alam mimpi je. kadang2 aku pegi dapur jugak tolong nenek and mak aku masak, tapi selalunya aku hanya melihat saja wkwkw. selain aktiviti tu, aku jalan2 kat sebelah rumah, nak tengok keindahan alam ciptaanNYA and tak lepas peluang nk tengok anak orang lalala. aktiviti tuh time takde sedara mara lah. kalau diorang ada, aku join lepak2 ngn diorang hehe.

2. situasi bila internet tak jadi
Situasi ni aku paling sedih sekali :( kalau sehari tak jadi takpe jugak. ni sampai 2-3 hari -_- aktiviti aku bila berlakunya situasi ini adalah sama ngn yang atas tetapi ada sedikit yang lain. kat kampung aku pegi jalan2 tapi kat rumah aku hanya bertapa di rumah saje. time ni biasanya aku terpaksa, ye terpaksa layan tv -_- tapi nasib baik lah ada tv9 sebab hanya channel tu saje yg mampu buat hati aku melting lalala. terutamanya bila cerita spongebob ngee~

3. situasi bila black out
Yang ni aku hanya mampu tido tido tido and kacau adik2 aku and makan and tolong parents aku kemas rumah. situasi ni lah paling lifeless bagi aku >_<

So, conclusionnya internet amat penting bagi setiap manusia buat masa ini. tapi JANGAN LUPA, kalau takdak internet pun hidup kita tetap beharga kerana ALLAH sentiasa ada ngn kita :) and JANGAN LUPA, buat suruhan ALLAH contohnye solat hee~ mentang2 lah internet ada sampai lupa nak solat -_- nauzubillah min zalik. thats all

Friday 24 May 2013

Dilema

ASSALAMUALAIKUM

Aku sebenarnya taktahu dan tak faham ngn perasaan aku sendiri -_- aku nak orang lain faham aku tapi aku sendiri pun blur je -_- seriously aku teringin nak study kos ukur bahan. aku da jatuh cinta ngn ukur bahan taw tak!!! tu belum study ag wkakaka. kalau da study taktahu la bole bawak ke tak benda uh. kalau mak ayah bagi aku amek kos tu pun da kira bersyukur huu~ so yg masalah lain pulak, antara rezeki aku or tak je. yang tu aku tak kisah sangat. yang paling aku kisah and keciwa bila ramai pembantah dan penghalang cinta antara aku ngn ukur bahan sobsob. kenapa takdak sapa yg bole faham aku. aku suka benda yg praktikal! tapi bukan macam nurse or cikgu. aku tak suka sangat benda yg hafal2. setahu aku ukur bahan nih banyak kira2 and ada la jugak benda utk baca tuh. sekurang2nya okey la kan dari yg hafal memanjang je hehe. so mak ayah tolong la faham jiwa ku. mohon sangat2 hermmmmmmmmmmm

Thursday 23 May 2013

Cerita mengarut yg pertama wkwkw

ASSALAMUALAIKUM WBT

Tak reti nak wat intro -_- takpelahh~ straight to the point terus. orang cakap kalau seseorang tuh kena ujian maknanye ALLAH sayang dye. so, kalau kena ujian tak kira la apa pun tetap kena bersyukur hehehe. aku pandai cakap je -_- yela aku kan manusia biasa gak. kadang2 uh tak boleh gak terima kenyataan yang teruk . siap nangis2 ag wkwkw biasa lah sapa yg tak sedih kan kalau kena ujian or tak dapat apa yg kita nak. antara benda yg aku susah nak terima adalah test jpj ngn result upu. aku sebenarnye memang sensitif bila cakap pasal benda yg susah nak terima fakta. so, saya tak sengaja and so sorry kpd kawan2 yg msg aku tanpa di reply. aku bukan sombong and berlagakkkk :( aku cuma malu ngn korang and aku takut nangis je bila jawab soalan korang tuh lalala. ini serius. ciss type benda nih macam la diorang baca kan. takpe lah sekurang2nya aku bole luah apa yg aku rasa kat sini. ermm maybe satu hari nanti aku reply la msg korang uh. ayat takbole blah langsung -_- and aku rasa macam fedup je nak test jpj lagi -_- aku rasa down gila huk2. and aku pun da boring dengar bebelan dari cikgu kekeke -_- satu lagi aku tak tahu da nak bagi alasan mende kat ma abah -_- aku nih lampi sangat ke bawak kete uh aaaaaa~ takpe lah tu ujian untuk aku kan hihi~ sabar2. tak lama lagi aku bole kot lulus test jpj nih. in sha ALLAH. tapi aku still down -_-

pagi ni tajuk test -_-

test