Sunday 14 September 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 5]

   "Restoran dia makin maju. And abang tak sempat nak jumpa Ad sebab dia ada program. Abang tahu dia pindah sebab apa." "Sebab apa bang?" "Tanah yang dia sewa tu kena beli dengan seorang pegawai, warung tu pulak kena roboh. So dia malu nak minta tolong dengan abang. Dia bawak family dia ke sini. Tak silap abang, dia cakap kat sini ada rumah saudara dia. So dia pindah kat sini." 

   Encik Badri terang kepada isterinya apa yang berlaku. "Owhh. So isterinya macam mana sekarang?" Encik Badri diam sejenak. Dia berasa sebak. Tapi dia harus beritahu juga kepada Puan Lina. "Isterinya..hmm.." "Kenapa bang?" tangan Puan Lina mula menggenggam tangan suaminya. Memaksa untuk menceritakan segalanya. 

   "Isteri Hairi dah takde, Lina. Lama dah. Dua minggu lepas pindah ke sini, isteri dia kena demam malaria. Isteri dia tak dapat diselamatkan." Encik Badri memeluk Puan Lina untuk menenangkan isterinya yang sudah dihujani air mata. Encik Badri meneruskan bicaranya. "Sebab kematian isterinya lah, Hairi melatih Ad untuk belajar memasak. Alhamdulillah, cita-cita Hairi termakbul. Dia dapat tengok Ad berjaya jadi chef." "Bang..perlu ke kita beritahu pasal ni kepada Laila?" Puan Lina menahan sebaknya. "Tak perlu. Tunggu masa yang sesuai." 

                               *********************
   Sejambak bunga mawar merah berada di atas meja Laila. "Bunga lagi? Atok si Syed tu dah gila ke?" Bebel Laila sambil membuang bunga mawar itu ke dalam tong sampah. Bella yang sibuk menanda buku muridnya terus memalingkan wajahnya ke Laila.

   "Weyh! Kutip balik bunga tuh." Jerit Bella membuatkan Laila kehairanan. "Perlu ke aku kutip balik? Or bunga nih untuk kau?" "Tak tak. Bunga nih memang untuk kau." "Habis tu kenapa tak bagi aku buat macam selalu? Kau jangan suruh aku terima cinta atok tuh." Laila menjegilkan matanya. "Rileks Laila. Takkan lah aku dah berjangkit dengan atok tuh hahah. Tadi kau pergi toilet kan?" "Aah. So apa kaitan bunga nih dengan toilet? Tak faham." Laila menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Macam nih. Masa kau takde, si Nia datang sini. Then dia bawak bunga tuh untuk kau. Dia cakap abang dia bagi. Aku tak tahu pulak Nia ada abang. Kau pun berahsia dengan aku." panjang lebar Bella bercerita. 

   "Yeke? Err aku bukan nak berahsia..tapi..ehh aku ada kelas nih. Bye!" Laila mengutip balik bunga mawar dalam tong sampah dan tergesa-gesa keluar dari bilik guru. "Laila!! Bukan ke sekarang masa aku untuk ajar budak-budak?" Laila berhenti. Dia seperti cacing kepanasan. Wajahnya dah kemerahan. Dia hanya mampu tersengih. "Oh sorry. Hehe." Laila kembali duduk di tempatnya dan mengambil buku menutup wajahnya. Bella yang sudah bersiap untuk ke kelas, sempat lagi menyindir Laila, "Kot ye pun tengah jatuh cinta, jangan lah sampai tertukar waktu kelas hihi." Sekali lagi pipi lembut Laila menjadi merah!

                                   *********************
   Laila kepenatan selepas pulang dari taska. Dia baring di atas sofa yang empuk. Dia mencapai remote control TV di atas meja kopi untuk menonton drama kesukaannya.

   Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu kad di sebelah remote control tv. Tangannya mula mengambil kad tersebut. Di hadapan kad itu terpapar dua nama.

'Undangan Majlis Perkahwinan Raja Sehari  Adha Naqib dan Nur Sumayyah'

   Macam aku pernah lihat nama lelaki nih. Laila cuba mengimbau namun tak berjaya. "Makkk! Kad kahwin siapa kat atas meja nih?" Jerit Laila dari ruang tamu. Emaknya yang kebetulan ingin ke dapur terus menuju ke tempat Laila. "Kad kahwin? Tengok lah nama siapa tuh." "Adha Naqib dan Nur Sumayyah, mak." "Chef terkenal tu lah. Takkan kamu tak kenal." Tingg! Akhirnya Laila baru teringat. "Mak tak dapat jugak nak bermenantukan Chef Adha kan? Sobsob" Laila berpura-pura sedih. "Takpee Laila. Mak dah ada calon menantu baru. Nama dia Ayee kan?" Puan Lina mengusik anak gadisnya itu. "Makkk!!" Laila cuba menahan malunya.

   Pada hari perkahwinan pasangan sejoli, Adha dan Maya berlangsung, Encik Badri dan isterinya hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. Encik Hairi yang sibuk melayan tetamu terpandang kelibat sahabat lamanya itu. "Badri!" Encik Hairi memanggil nama sahabatnya. "Hairi..tahniah sebab dah dapat menantu." Encik Badri dan Encik Hairi bersalaman. Manakala Puan Lina hanya tersenyum. "Lina..lama tak jumpa. Apa khabar?" "Alhamdulillah khabar baik." "Eh..anak kamu si Lela tu mana? Mesti makin cantik bila dah besar panjang haha." "Lela ada kerja sebab tu dia tak dapat datang. Penting katanya." Encik Badri menjelaskan kepada kawannya.

   "Owhh. Tak dapat nak tengok dia. Nak jadikan menantu pun dah tak boleh." Encik Hairi mengucap perlahan. Dari dulu lagi Encik Hairi bercita-cita ingin jadikan Laila sebagai menantunya. Namun impiannya tak tercapai dek anaknya sudah memilih Maya sebagai suri hati.

                             *********************
   "Cikgu Laila.." Nia menyeru nama Laila sebelum dia masuk ke dalam kereta abangnya, Ayee. "Ya sayang? Nia ada tertinggal apa-apa ke?" Laila bertanya. "Ada cikgu." "Tertinggal apa? Nanti cikgu tolong ambilkan." Nia menuju ke tempat Laila berdiri lalu dia memimpin tangan Laila. "Ehh kamu nak bawak cikgu ke mana? Cikgu nak ambil barang kamu yang tertinggal nih." "Nia tertinggal cikgu lah. Abang suruh cikgu balik dengan kami. Heee." Nia menunjukkan giginya yang cantik itu. Laila mencubit pipi gebu Nia. Hatinya geram bercampur segan. Ayee dah kenapa jadi sweet lebih daripada gula ni.

   Bella memerhati dari belakang pintu taska. Dia menahan gelak. Untunglah kawan aku nih. Ada juga orang jatuh cinta dengan dia. Hatinya berbisik. Kemudian Bella menghampiri Laila dan Nia. "Balik je dengan dia orang. Aku okey je haha." Bella mengusik kawannya sambil mengangkat ibu jarinya kepada Ayee.

   Di dalam kereta itu, Ayee dan Laila diam seribu bahasa. Nia pula sedang tidur dengan nyenyak. Ayee mula membuka bicara. "Hmm. Kalau saya bawak rombongan meminang ke rumah cikgu, okey tak?" Laila membulatkan matanya. "Aaapa..? Rombongan meminang..?" tangannya cuba menutup mulutnya yang ternganga luas.

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 4]

   Isterinya pula menjadi pembantunya di kaunter. Dan isterinya juga yang akan mengambil order dari pelanggan. Pada satu pagi, datang seorang lelaki bersama beberapa pegawai ke warung mereka. Mereka datang dengan hajat yang besar. Tapi, bagi Encik Hairi dan sekeluarga, hajat itu merupakan satu dugaan besar buatnya.
   
   "Encik Hairi, saya Tuan Razif dari sebuah syarikat di bandar. Saya mewakili ketua saya untuk berbincang dengan pihak encik. Saya harap encik dapat memberi kerjasama dengan kami." Lelaki tersebut menghembuskan asap rokok berjenama Dunhill di depan Encik Hairi yang tenang sejak tadi lagi. "Apa yang boleh saya bantu Tuan?" "Menurut tok ketua kampung ni, dia menyatakan bahawa tanah ini bukan milik encik. Dan encik hanya menumpang dan tak silap saya, warung ini pun disewa oleh encik kan?" Encik Hairi mengiyakan. "So, disebabkan encik hanya menumpang di tanah ni, maka Tuan saya telah pun membeli tanah ini untuk pembinaan bangunan baru." Encik Hairi dan isterinya terkejut dengan penerangan lelaki itu. Kalau tanah ini dibeli, maka punca rezekinya akan hilang. 

   Air mata isterinya sudah pun mengalir ke pipi. Dada 
Encik Hairi pula ibarat ditimpa satu batu yang besar. Dugaan apakah ini? Bagaimana dia mahu memberitahu kepada anaknya? Setelah sekian lama Encik Hairi mendiamkan diri, lelaki itu berkata-kata lagi, "Encik Hairi? Saya harap encik boleh mengemas segala barang-barang encik sekarang juga. Sebentar lagi pekerja saya akan datang untuk merobohkan warung ini."

                                   *********************
   "Kalau Maya bertudung lagi cun kan, Opick?" Adha menunggu jawapan dari Opick yang sibuk menggoreng ayam celup tepung. "Oi Opick. Kau dengar tak?" Dia tidak berpuas hati. Opick tidak menunjukkan sebarang respon terhadap soalan ditujunya itu. "Kau dah kenapa?" Opick berasa tidak selesa dengan tindakan Adha yang cuba mengganggunya bekerja. "Aku tanya kau. Kau buat bodoh." Adha berjalan perlahan-lahan keluar dari dapur. "Woi kejap. Nak touching macam perempuan dah kenapa? Come on ar!" tangannya sibuk menghias ayam celup tepung untuk dihidangkan kepada pelanggan. Adha menghentikan langkahnya. Opick yang sudah menyiapkan kerjanya, mengarah Adha duduk di sudut dapur itu. Bermulalah perbualan antara lelaki. Dari hati ke hati mungkin.

   "Apa?!! Kamu nak kahwin dengan Maya?" Encik Hairi macam tak percaya dengan luahan hati anaknya. "Macam mana pulak dengan Maya? Dia tahu pasal ni?" Adha menggeleng kepalanya. "Adha nak beritahu ayah dulu. Bila ayah dah bagi green light, baru Adha beritahu dia." "Hmm..." "So..ayah setuju ke?" Adha teragak-agak. Jantungnya berdegup kencang. Lama juga ayahnya berfikir. "Hmmm.." "Ayah..?" "Okey. Ayah dah buat keputusan. Harap kamu redha dengan keputusan ayah kali ini." Adha tergamam dengan kata-kata ayahnya.

   Maya mengangkat dulang yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk pelanggan restoran Selera Kita. "Huhh. Penatnyaa. Takpelah rezeki banyak hari ini." Maya mengelap peluh di dahinya. Tanpa sedar, dibelakangnya ada seseorang.

   "Maya.." Maya terkejut kerana namanya dipanggil. Dia berpaling ke belakang. "Err chef Adha. Ada apa ye panggil saya?" "Takde apa. Saya cuma nak bagi something kat awak. Special kot. Kalau tak special pun, anggap je special okey?" "Tapi chef, birthday saya dah lepas. Tak perlu kot nak bagi hadiah. Hehe." pipi Maya kemerahan. Dia cuba mengawal perasaan malunya. "Ni bukan hadiah birthday. Apa-apa pun awak terima je lah ye. Kalau tak sudi, buang je. Tapi jangan buang dalam tong sampah restoran ni. Nanti kecewa pula hati kecil saya nih hahah." Maya jadi tak keruan. Pelik dengan Chef Adha hari ini. Kenapa tiba-tiba saja buang tebiat nak bagi hadiah special kepadanya. Adha meletakkan bungkusan hadiah itu di atas meja sebelah Maya. "Oh ye. Saya pergi dapur dulu. Jangan buka lagi hadiah tu. Tunggu balik rumah dulu ye." Adha tersenyum dan terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya membalas senyuman itu.

   Malam itu, Maya duduk di depan pintu rumah sewanya. Dia sedang menikmati secawan coklat panas sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan. Angin malam mula meniup rambut Maya dengan lembut. Radio sedang sibuk mendendangkan lagu Pesan Cinta by Afgan. Dalam lamunannya, Maya tersedar tentang hadiah special yang diberi kepadanya dari Chef Adha. "Adess. Macam mana aku boleh terlupa hadiah tuh." Maya menepuk dahinya. Dia bangun dan terus masuk ke dalam biliknya untuk mengambil hadiah itu. Lima minit kemudian, dia meluru ke depan pintu tadi. Dia membuka perlahan-lahan bungkusan itu.

   Di dalam bungkusan itu terdapat satu selendang putih berbunga biru dan purple. Disebalik selendang itu, terselit satu surat. 

'Assalamualaikum Cik Maya. Sorry la ye sebab tulis surat macam zaman dulu-dulu. Please jangan gelak. Okey, first saya nak cakap awak nampak lagi ayu bila pakai hijab. Ermm sorry kalau saya tiba-tiba saja suruh awak pakai hijab. Tapi dah memang kewajipan bagi seorang muslimah, right? Saya taknak paksa awak. Sebab saya tahu saya bukan seorang ustaz tapi seorang chef. Popular pulak tuuu. Ehem! And kacak. Kalau awak tak reti pakai selendang yang saya bagi, awak boleh tengok dalam youtube. Awek2 cun ramai buat tutorial dalam tuh hehe. Mohon jangan jealous dengan pujian tuh. Kalau awak sudi, pakai lah selendang tuh pergi kerja esok. Tapi jangan pakai sebab saya. Awak kena ikhlas kerana Allah. Okey meleret pulak surat nih. And yang kedua. Penting nih. 
Hmm.
Kita kahwin nak? 
Sekian. Terima kasih.
Yang benar lagi ikhlas.
Adha Naqib.'

   Air mata Maya mula berlinang di kolam matanya. Dia tak tahu perasaan apakah ini. Marah? Sedih? Gembira? Hanya Allah yang tahu segala-galanya.

                                 *********************
   "Lina..abang ada benda nak cakap." Encik Badri melihat isterinya yang sedang membasuh pinggan. "Ada apa bang?" Puan Lina menutup kepala paip dan mengelap tangannya. Dia berhenti sekejap membasuh pinggan untuk menumpukan kepada suaminya. Muka suaminya nampak serius. "Hari itu abang ada jumpa dengan Hairi. Kat restoran dia." "Ye ke? Bagus lah."

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 3]

   Bagi Laila, benda nih memang selalu terjadi. Ada ibu bapa yang terlupa mengambil anaknya, ada yang terlewat kerana terlalu sibuk sehinggakan anak-anak di taska ini kehausan kasih sayang ibu bapa. "Ermm boleh je sayang. Cikgu temankan ye." Laila mengusap kepala pelajar tersebut.

   Jam tangan berjenama Guess milik Laila telah pun menunjukkan pukul 7 malam. Ishh abang budak nih datang ke tidak? Kesian pula aku tengok Nia. Laila mula resah. Dia cuba menelefon abang pelajarnya itu namun panggilannya tidak terjawab. Nia tertidur di atas riba Laila sementara menunggu abangnya datang.

   Tiba-tiba, sebuah kereta memarkir di depan taska itu. Laila menjenguk dari tingkap. Kelihatan seorang lelaki muda berkemeja dengan lengan baju berlipat aras siku dan tali leher dilonggarkan. Mungkin dia baru balik dari kerja. "Assalamualaikum..Nia? Abang dah datang.." Lelaki itu mengetuk pintu taska. Laila terus kejutkan Nia. Laila menyoal Nia, betul ke kereta di depan taska milik abangnya? Dan lelaki yang sedang mengetuk pintu sambil memanggil nama itu abangnya. Nia angguk kepalanya perlahan-lahan kerana terlalu mengantuk. Laila menuju ke pintu lalu menjemput abang pelajarnya masuk dahulu. "Sorry lah cikgu. Hari ni saya ada meeting kat luar bandar dengan client. So, sebab tu saya datang lambat nak ambil si Nia." "It's okay. Saya dah biasa temankan budak-budak yang selalu ditinggalkan macam nih." Laila tersenyum sinis. Lelaki itu tahu, cikgu Nia sedang memerlinya.

   Lelaki itu terdiam dan mendukung adiknya untuk dimasukkan ke dalam kereta. Adik, I'm so sorry. Dia membisik di telinga adiknya. Kemudian, dia terpandang Laila yang sedang mengunci pintu taska tersebut. Dia tertanya-tanya, cikgu nih balik dengan apa? Tapi mulutnya terkunci. Takut-takut diperli lagi. Laila pula berjalan ke bus stop. Lelaki tersebut hanya melihat tindakan Laila itu. Dan dia memandu keretanya meluru ke tempat Laila menunggu.

   Kereta lelaki itu berhenti betul-betul di depan Laila. Lelaki itu menurunkan cermin di sebelah penumpang hadapan. "Cikgu..malam-malam ni susah nak cari bas. Teksi pun bukan boleh percaya sangat." jerit lelaki tersebut. "Ohh iya ke?" Laila jawab acuh tak acuh. "Masuk je lah cikgu oi. Tak takut ke duduk kat bus stop sorang-sorang. Lagipun maghrib dah nak habis. Saya confirm cikgu tak solat lagi kan?" Laila melihat jam tangannya. Betul juga cakap dia nih. Sekarang dah pukul 8. "Okey saya masuk. And saya rasa encik pun tak solat lagi kan? Apa kata kita singgah surau kat depan tuh." Lelaki itu tersenyum. 

   Beberapa minit kemudian, lelaki itu memulakan bicara sambil memandu keretanya, "Nama cikgu, Laila kan? Saya pula Fazril. Panggil Ayee pun boleh." "Ohh okey Ayee. Ermm dari buang masa duk sembang benda lain kan, saya nak tanya something lah." Laila memandang Ayee di sebelahnya. Ayee bisik dalam hatinya, boleh tahan juga bahasa cikgu nih. Teragak-agak juga Ayee nak tahu soalan apa yang Laila nak bertanya. "Cikgu nak tanya apa?"

   "Kenapa awak tak angkat panggilan saya petang tadi? Maybe awak rasa henfon tu useless agaknya. Sebab tu malas nak jawab kan?" Ya Allah dia nih. Perlu ke cakap macam tuh. Ayee geram. Secara spontan tangannya menggenggam kuat stereng kereta. "Cikgu, tak nampak ke henfon saya kat sebelah handbrake tu? Try cikgu tengok apa yang jadi pada henfon saya." Fuhh. Hanya sekali nafas je Ayee menjawab kata-kata Laila. Laila mengambil henfon Ayee. Ohh patutlah. Bateri henfon dah kritikal. Laila tergelak kecil. 

                               *********************
   Encik Badri termenung di bilik pejabatnya. Teringat kisah silam antara keluarganya dengan keluarga Hairi. Apa yang terjadi kepada Hairi sebenarnya? Kenapa dia pergi tanpa beritahu aku? Encik Badri mengeluh. Penat memikirkannya. Dia melihat jam di monitor komputer. Pukul 12.30 tengah hari. Dah masuk waktu lunch. Dia mengemas fail-fail dokumen yang berselerak di atas mejanya. Lalu dia mencapai kunci keretanya.

   Encik Badri keluar dari keretanya. Dia berpaling ke belakang. Terpampang nama sebuah restoran. Selera Kita. Nama itu pernah dilihatnya di akhbar Harian Metro tempoh hari. Dia bergegas ke pintu masuk restoran tersebut.

   Dia memilih meja makan yang agak hujung. Mungkin tempat ini sesuai untuk mengetahui segala kebenaran dari pemilik restoran ini. Seorang waitress datang ke tempatnya. "Selamat datang encik. Encik nak order apa ye?" Waitress itu menghulurkan buku menu. Dia membelek-belek helaian buku menu. "Saya nak nasi ayam dengan air kopi panas."

   "Okey encik." Waitress itu menulis sesuatu di buku memo miliknya sebelum berlalu ke kaunter. "Ermm dik, tunggu kejap." Encik Badri diam sejenak. "Yes?" "Boleh saya jumpa dengan bigboss restoran nih?" Kening waitress itu berkerut. "Oh sorry. Maksud saya Encik Hairi." Waitress itu mengangguk kepala. "Tunggu sekejap ye encik." Encik Badri senyum. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki agak berumur tapi masih berbadan tegap. Mereka saling berpandangan. 

   "Badri?" suara Encik Hairi terketar-ketar. "Iya. Aku la nih." Mereka berpelukan. Hati kedua-duanya tersentuh. Mungkin mata mereka sudah pun dihujani air mata.

   Encik Badri merenung wajah kawan lamanya. Akhirnya dia membuka mulut. "Hairi, kenapa kau pergi tanpa beritahu aku ?" Encik Hairi menghirup kopi susu sedikit sebelum menjelaskan perkara sebenar. "Aku taknak susahkan kau. Tambah-tambah lagi si Lela tuh. Kau kan tahu Ad dan Lela tu dah macam adik beradik. Tak pernah berpisah." Encik Badri tak mengerti. Dia ingin tahu Encik Hairi memberitahunya dari awal sampai akhir. "Aku nak tahu apa punca kau pindah. Dan...apa yang kau explain tadi, kita discuss kemudian." "Okey. Aku akan cerita. Dari awal sampai akhir. Macam apa yang kau minta. Aku dah tak larat nak pendam kisah lama nih dari kau." Encik Hairi cuba menyusun kata supaya kawannya itu mengerti.

20 tahun yang lalu.


Pada setiap pagi selepas menghantar Ad ke tadika, Encik Hairi akan mula bekerja sebagai tukang masak di sebuah warung yang disewanya.

Saturday 13 September 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 2]

   Opick yang baru saja datang kerja terkejut melihat Adha berdua-duaan dengan seseorang. Dengan seorang gadis. "Astaghfirullah hal azim Adha! Kau orang buat apa pagi-pagi nih?" Adha tergamam dengan lontaran tuduhan Opick. "Aku tak buat apa-apa. Aku cuma tolong gadis nih. Kau jangan fikir bukan-bukan." "Sudah lah kau Adha. Aku tak sangka kau buat benda tak elok nih" Opick berjalan perlahan-lahan ke tempat meja Adha dan gadis itu. Adha terdiam. 

   Dia tak sangka, kawannya Opick boleh menuduhnya bukan-bukan tanpa usul periksa. Opick meneruskan katanya,"Lain kali, kalau kau orang nak berdating, tolong lah bawa seorang lagi awek. Nak bawa extra seorang lagi pun takpe Adha." tangan kiri Opick menepuk bahu Adha sementara tangan kanannya mencapai cawan teh limau. Manakala si gadis itu yang mulanya terdiam, tiba-tiba tergelak kecil melihat telatah Opick. Adha dalam kebingungan terus menghadiahkan sebiji penumbuk di perut Opick. Tetapi hadiahnya itu dapat dielak serta-merta. Kau nak buat lawak dengan aku pun tengok masa lah. Adha bermonolog. 

                                 *********************
   Di satu sudut taska itu, kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang bermain bersama-sama. Laila terimbau mimpi semalam. Entah mengapa mimpi itu muncul secara tiba-tiba. Dahulunya dia berjaya menangkis segala mimpi dan memori silam. Tapi sekarang, dia gagal.

   "Lela..kau merajuk lagi dengan aku ke?" Ad cuba pujuk temannya, selalunya hari-hari biasa, si Lela akan termakan dengan pujukannya. Tapi hari ini?

   "Aku dah bawakan buah manggis untuk kau. Tengoklah." Lela diam. Dan terus diam. "Kau dah taknak kawan dengan aku?" Wajah Ad dari mulanya gembira bertukar muram. Pujukannya tidak berjaya kali ini. Lela menganggukkan kepalanya. "Ad..kan aku dah cakap semalam. Aku takmau kawan dengan kau. Aku merajuk ni!" Akhirnya, suara Lela kedengaran. Ad menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Kita kawan balik ye. Sorry lah. Aku nak kawan dengan kau lagi. Cepatlah salam tangan aku." "Kalau kau nak kawan dengan aku, kau kena ikut cakap aku okey?" "Ya lah. Aku ikut cakap kau budak Lela demok." kemudian, tangan kecil mereka berdua bersalaman dengan wajah yang gembira.

   "Oi cikgu Laila! Tengah berangan ke?" Bella menjerkah dari belakang. Nasib baik Laila takde penyakit jantung. Kalau tidak, setakat tu je lah kisah dia. Laila menarik tangan Bella dan menyuruh Bella duduk di hadapannya. "Kenapa nih?" soal Bella. Laila tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Kalau cerita dari awal, alamatnya takde siapa yang mengajar kanak-kanak itu nanti. Nak cerita dari tengah-tengah, takut Bella tak faham. Akhirnya, dia cuba untuk meluahkan masalahnya.

   "Agak-agak kau, kenapa aku bermimpi pasal zaman dulu-dulu?" Laila meraup mukanya. Dan melepaskan keluhan kecil. Ya ALLAH, Kau sedang menguji aku ke? Bisik hati kecilnya. Bella cuba fikirkan jawapannya sambil memegang erat tangan kawannya itu. "Mungkin kau rindu zaman kecil kau kot." "Rindu? Hahaha. Takde maknanya lah Bella. Seriously aku try untuk lupakan."

   "Why?" Bella pelik dengan jawapan yang diberi. Kalau aku, aku takkan lupakan zaman dulu-dulu. "Sudah lah Bella. Aku takmau fikir benda ni. Nanti aku hilang fokus nak ajar budak-budak kejap lagi." Laila bangun dari tempat duduknya. Sebelum meninggalkan kawannya, dia sempat memberi senyuman kepada kawannya itu. Be strong dear. Bella mengucapnya perlahan. Harap-harap Laila mendengarnya.

                             *********************
   Gadis yang berbaju kurung biru laut itu datang menyapa Adha yang sedang sibuk mengemas peralatan dapur. "Assalamualaikum Chef." "Ohh Maya. Waalaikumsalam. Awalnya datang kerja hari ini." Mata Adha terpegun melihat keayuan gadis itu. Lebam di pipi gadis itu semakin berkurang. Secara spontan, senyumannya terpamer. "Biasalah hari pertama. Kena datang awal hehe." Maya menjawab dengan kepala tertunduk. Dia malu dengan Adha yang sedang melihatnya sambil tersenyum.

   Maya. Gadis yang dijumpai Adha sewaktu membuka pintu restoran Selera Kita. Maya merupakan seorang anak yatim piatu dari kampung. Dia baru saja menghabiskan pelajarannya peringkat SPM. Selepas ketiadaan kedua ibu bapanya, Maya tinggal bersama nenek dan bapa saudaranya. Nak di jadikan cerita, bapa saudaranya telah kalah dalam satu perjudiaan antara rakan-rakannya. 

   Disebabkan itu, bapa saudaranya cuba perangkap diri Maya untuk dijual kepada kawannya yang telah menang dalam aktiviti tidak sihat itu. Dia cuba memujuk Maya supaya mengikutnya ke bandar untuk mencari pekerjaan. Namun itu semua pembohongan belaka.

   Malam itu, apabila sudah sampai ke bandar, bapa saudara menyerahkan Maya kepada rakannya itu secara paksa rela. Maya cuba melepaskan diri. Tapi apakan daya, kudrat seorang perempuan tidak dapat mengatasi kekuatan lelaki. Dengan pertolongan Allah, Maya terjumpa satu batang kayu di sebelah kakinya. Lalu dia bertindak seperti orang tidak waras. Dia menghayunkan batang kayu itu ke arah bapa saudara dan lelaki tak guna itu. Kedua-dua lelaki itu tercedera sedikit. Lantas, tanpa membuang masa, Maya melarikan diri dari mereka sehingga dia terjumpa sebuah restoran. Maya berharap seseorang akan muncul menyelamatkannya dari segala durjana dunia.

   Encik Hairi melihat dari jauh. Adha dan Maya sedang sibuk berbual sebelum masa untuk bekerja bermula. Pada mulanya, Encik Hairi agak keberatan dengan permintaan anak lelakinya itu. Adha memujuk ayahnya supaya mengambil Maya bekerja di restoran ini. Lagipun, si Opick, kawan anaknya itu juga bersetuju dengan permintaan Adha. Akhirnya dia bersetuju. Encik Hairi tahu, hati mereka tergerak untuk menolong gadis itu. Dan dia tahu gadis itu seorang yang baik. 

                                   *********************
   "Cikgu..cikgu.." seorang kanak-kanak menarik-narik baju kurung Laila. "Ya sayang. Ada apa?" Laila tersenyum. Pelajar-pelajarnya suka bermanja dengannya. Sehinggakan ada atuk kepada salah seorang pelajarnya pun nak bermanja! Miang giler. Bak kata Laila. "Cikgu..hari ini abang cakap dia lambat datang. Cikgu temankan Nia boleh?" kanak-kanak itu berharap.

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 1]


  • "Addd! Aku nak makan manggis tuh! Tolong lah Ad." "Tak boleh lah Lela. Ni pokok Pak Ayub. Nanti dia marah aku kalau aku panjat pokok dia." "Alaa..aku nak jugak nak jugak!" "Ishh Lela nih. Aku report Pak Ayub baru taw!" "Ad jahat!! Takmau kawan." Lela terus lari ke rumah meninggalkan teman rapatnya, Ad.
  • *********************  
  • Adha Naqib ataupun sekarang namanya terkenal di seluruh negara sebagai Super Chef Adha. Adha yang baru saja memenangi pertandingan memasak dalam program realiti Super Chef anjuran TV10 baru baru ini. Dia ditawarkan menjadi chef di hotel terkemuka namun tawaran itu ditolak secara baik kerana dia ingin menaikkan nama restoran milik ayahnya di bandar itu.
  • "Nampaknya restoran Selera Kita akan bertambah popular lah kan?" Adha menyoal ayahnya sambil mengikat rambut panjangnya seperti Nomad, penyanyi tempatan itu. "Restoran ni memang dah popular lah. Kau takpayah nak perah santan sangat hahaha." celah si Opick a.k.a chef kedua di restoran Selera Kita. "Ada aku tanya kau? Kau nampak tak nih?" Adha mengambil spatula yang berada di sebelahnya sambil mengacah-acah di muka Opick. "Rileks lah wey. Tu pun nak marah." Ayah Adha a.k.a Encik Hairi pun menjerit dari luar selepas selesaikan kerjanya di dapur, "Kamu berdua ni dah kenapa? Tak reti nak buat kerja ke? Customer dah makin ramai yang datang." "Sorry bos! Dengan kadar segera kami akan masak dengan penuh kasih sayang! Wahaha."
  • ********************* Okey hari ini hari Isnin. Arghh malasnya aku nak pergi sekolah. Rungut Laila Balqis lalu menarik selimut berbunga itu menutup kepalanya. "Laila bangun Laila! Kamu nih dah solat belum? Subuh dah nak habis." Puan Lina mengetuk pintu bilik anak daranya. Ishh anak dara aku nih macam anak teruna je. "Ya ya puan mak. Cik puan muda Laila dah bangun nih. On the way nak ambil wudhuk. Puan mak jangan risau okey?" suara Laila kedengaran di luar pintu. Puan Lina tersenyum. Aku harap dia tak tidur balik lepas ni.
  • Laila Balqis. Seorang gadis yang bekerja sebagai cikgu tadika di sebuah taska di kawasan perumahan. Ramai yang fikir, gadis macam Laila ni boleh ke jadi cikgu tadika? Bangun pagi pun susah, nak mengajar kanak-kanak pula. Siapa tahu, ini semua rezeki dariNya. Laila terima je apa yang berlaku ke atas dirinya.
  • Laila turun dari tangga menuju ke meja makan. Kelihatan Puan Lina sedang mencedok nasi goreng ke pinggan-pinggan untuk suami dan anaknya. Manakala Encik Badri a.k.a ayah Laila sedang tekun membaca akhbar Harian Metro. Encik Badri mula membaca tajuk akhbar di halaman selebriti. 'Restoran milik ayah pilihan Super Chef Adha'. Encik Badri terlihat satu nama. Ya. Nama yang pernah dikenalinya sebelum ini. "Lina, kamu ingat lagi Hairi?" Encik Badri menyoal isterinya yang sedang menyuap nasi goreng ke mulut. "Hairi? Ayah si Ad tu ke? Jiran kita dulu masa kat kampung ke?" Encik Badri mengangguk kepalanya. Lalu dia memandang anaknya, Laila yang sedang menikmati makanannya. Puan Lina bertanya lagi pada suaminya. Pelik juga dia. Kenapa tiba-tiba menyoalnya perihal Hairi. "Kenapa bang?" "Ni haa. Super Chef Adha nih anak dia. Abang rasa si Ad tuh. Taktahu pulak dia pindah kat sini dulu. Restoran dia pulak dekat-dekat kawasan ni juga." 
  • Terang Encik Hairi sementara tangannya menghulurkan akhbar kepada isterinya. Laila kehairanan. Penting sangat ke Super Chef Adha tuh? Hairi tu siapa? Encik Badri memandang Laila lalu bertanya, "Laila ingat tak Ad?" "Ad tu siapa ayah?" Encik Badri terkejut dengan jawapan anaknya. "Kamu dah lupa ke? Dia tu.." "Eh mak ayah..Laila pergi sekolah dulu ye. Bella dah mesej ni." Laila terus memotong percakapan ayahnya. Dia bergegas bersalaman dengan ayah emak. Dia tak mahu Bella merungut kerana dia terlambat.
  • *********************
  • Adha memandu keretanya meluncur ke restoran Selera Kita. Dia sebagai anak bos dan chef yang disegani selalu memberi contoh terbaik seperti datang awal ke tempat kerja dan sebagainya. Selepas Adha memarkir keretanya ke tempat yang disediakan, dia berjalan menuju ke pintu restoran. Tiba-tiba kedengaran tangisan di luar restorannya. Tak mungkin pukul 8pagi ada hantu kot. Bisiknya. "Siapa tu?" Jerit Adha. Tangisan itu makin lama makin kuat. Adha dah mula berasa seram sejuk. Kemudian dia ternampak kelibat seseorang sedang duduk menekup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Adha beranikan dirinya untuk menegur kelibat itu. "Dik, kenapa ni?" Kelibat orang itu mula mengangkat wajahnya. Seorang gadis. Cantik. Tapi pipinya ada sedikit lebam, rambutnya kusut masai.
  • Adha membawa semangkuk sup ayam dan secawan teh limau suam untuk gadis itu. Mula-mulanya gadis itu kelihatan ketakutan namun Adha pandai memujuk dan menyakinkan bahawa dia bukanlah orang jahat. Sikapnya itu masih lagi sama seperti zaman kecilnya dahulu. Dia selalu memujuk teman rapatnya yang mudah menangis. Boleh dikatakan seorang yang manja. Kerana sikapnya itu, teman rapatnya, Lela berasa tenang di sisi Ad.
  • Selepas gadis itu menghabiskan sup ayam, Adha terus bertanya tanpa menunggu gadis itu minum seteguk teh limau suam. "Beritahu saya apa yang berlaku sebenarnya? And nama awak siapa? Awak sengaja larikan diri dari rumah ke? Awak tahu tak, sekarang nih zaman bahaya. Ada banyak kes penculikan, pembunuhan dan..." "Encik.." Gadis itu memanggilnya perlahan. Dia cuba untuk menceritakan perkara sebenar. Tapi dia tak mampu untuk meluahkannya. Dia takut. Trauma. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
  • Tingg tongg.
  • Bunyi pintu restoran dibuka. Gadis itu mula tergigil. Dia cepat-cepat sembunyikan diri di belakang Adha. Adha cuba untuk menenangkannya. "Jangan risau awak. Dia kawan saya."

Nak bagitaw yang kita buat novel. kahkah

ASSALAMUALAIKUM~

Okey. Entry kali nih nak cakap yang kita guwa buat novel. Tapi novel tuh takde lah meletop2 macam novel kat penulisan2u tuh. Kita Guwa baru je belajaq buat novel. So maaf lah kalau tak best hehe.

By the way, ni lah cover untuk novel. Tak buat dalam buku pun. Tapi post kat sini jaa. Senang. kahkah


CERITA MENGARUT BY RYU