Sunday 14 September 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 4]

   Isterinya pula menjadi pembantunya di kaunter. Dan isterinya juga yang akan mengambil order dari pelanggan. Pada satu pagi, datang seorang lelaki bersama beberapa pegawai ke warung mereka. Mereka datang dengan hajat yang besar. Tapi, bagi Encik Hairi dan sekeluarga, hajat itu merupakan satu dugaan besar buatnya.
   
   "Encik Hairi, saya Tuan Razif dari sebuah syarikat di bandar. Saya mewakili ketua saya untuk berbincang dengan pihak encik. Saya harap encik dapat memberi kerjasama dengan kami." Lelaki tersebut menghembuskan asap rokok berjenama Dunhill di depan Encik Hairi yang tenang sejak tadi lagi. "Apa yang boleh saya bantu Tuan?" "Menurut tok ketua kampung ni, dia menyatakan bahawa tanah ini bukan milik encik. Dan encik hanya menumpang dan tak silap saya, warung ini pun disewa oleh encik kan?" Encik Hairi mengiyakan. "So, disebabkan encik hanya menumpang di tanah ni, maka Tuan saya telah pun membeli tanah ini untuk pembinaan bangunan baru." Encik Hairi dan isterinya terkejut dengan penerangan lelaki itu. Kalau tanah ini dibeli, maka punca rezekinya akan hilang. 

   Air mata isterinya sudah pun mengalir ke pipi. Dada 
Encik Hairi pula ibarat ditimpa satu batu yang besar. Dugaan apakah ini? Bagaimana dia mahu memberitahu kepada anaknya? Setelah sekian lama Encik Hairi mendiamkan diri, lelaki itu berkata-kata lagi, "Encik Hairi? Saya harap encik boleh mengemas segala barang-barang encik sekarang juga. Sebentar lagi pekerja saya akan datang untuk merobohkan warung ini."

                                   *********************
   "Kalau Maya bertudung lagi cun kan, Opick?" Adha menunggu jawapan dari Opick yang sibuk menggoreng ayam celup tepung. "Oi Opick. Kau dengar tak?" Dia tidak berpuas hati. Opick tidak menunjukkan sebarang respon terhadap soalan ditujunya itu. "Kau dah kenapa?" Opick berasa tidak selesa dengan tindakan Adha yang cuba mengganggunya bekerja. "Aku tanya kau. Kau buat bodoh." Adha berjalan perlahan-lahan keluar dari dapur. "Woi kejap. Nak touching macam perempuan dah kenapa? Come on ar!" tangannya sibuk menghias ayam celup tepung untuk dihidangkan kepada pelanggan. Adha menghentikan langkahnya. Opick yang sudah menyiapkan kerjanya, mengarah Adha duduk di sudut dapur itu. Bermulalah perbualan antara lelaki. Dari hati ke hati mungkin.

   "Apa?!! Kamu nak kahwin dengan Maya?" Encik Hairi macam tak percaya dengan luahan hati anaknya. "Macam mana pulak dengan Maya? Dia tahu pasal ni?" Adha menggeleng kepalanya. "Adha nak beritahu ayah dulu. Bila ayah dah bagi green light, baru Adha beritahu dia." "Hmm..." "So..ayah setuju ke?" Adha teragak-agak. Jantungnya berdegup kencang. Lama juga ayahnya berfikir. "Hmmm.." "Ayah..?" "Okey. Ayah dah buat keputusan. Harap kamu redha dengan keputusan ayah kali ini." Adha tergamam dengan kata-kata ayahnya.

   Maya mengangkat dulang yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk pelanggan restoran Selera Kita. "Huhh. Penatnyaa. Takpelah rezeki banyak hari ini." Maya mengelap peluh di dahinya. Tanpa sedar, dibelakangnya ada seseorang.

   "Maya.." Maya terkejut kerana namanya dipanggil. Dia berpaling ke belakang. "Err chef Adha. Ada apa ye panggil saya?" "Takde apa. Saya cuma nak bagi something kat awak. Special kot. Kalau tak special pun, anggap je special okey?" "Tapi chef, birthday saya dah lepas. Tak perlu kot nak bagi hadiah. Hehe." pipi Maya kemerahan. Dia cuba mengawal perasaan malunya. "Ni bukan hadiah birthday. Apa-apa pun awak terima je lah ye. Kalau tak sudi, buang je. Tapi jangan buang dalam tong sampah restoran ni. Nanti kecewa pula hati kecil saya nih hahah." Maya jadi tak keruan. Pelik dengan Chef Adha hari ini. Kenapa tiba-tiba saja buang tebiat nak bagi hadiah special kepadanya. Adha meletakkan bungkusan hadiah itu di atas meja sebelah Maya. "Oh ye. Saya pergi dapur dulu. Jangan buka lagi hadiah tu. Tunggu balik rumah dulu ye." Adha tersenyum dan terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya membalas senyuman itu.

   Malam itu, Maya duduk di depan pintu rumah sewanya. Dia sedang menikmati secawan coklat panas sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan. Angin malam mula meniup rambut Maya dengan lembut. Radio sedang sibuk mendendangkan lagu Pesan Cinta by Afgan. Dalam lamunannya, Maya tersedar tentang hadiah special yang diberi kepadanya dari Chef Adha. "Adess. Macam mana aku boleh terlupa hadiah tuh." Maya menepuk dahinya. Dia bangun dan terus masuk ke dalam biliknya untuk mengambil hadiah itu. Lima minit kemudian, dia meluru ke depan pintu tadi. Dia membuka perlahan-lahan bungkusan itu.

   Di dalam bungkusan itu terdapat satu selendang putih berbunga biru dan purple. Disebalik selendang itu, terselit satu surat. 

'Assalamualaikum Cik Maya. Sorry la ye sebab tulis surat macam zaman dulu-dulu. Please jangan gelak. Okey, first saya nak cakap awak nampak lagi ayu bila pakai hijab. Ermm sorry kalau saya tiba-tiba saja suruh awak pakai hijab. Tapi dah memang kewajipan bagi seorang muslimah, right? Saya taknak paksa awak. Sebab saya tahu saya bukan seorang ustaz tapi seorang chef. Popular pulak tuuu. Ehem! And kacak. Kalau awak tak reti pakai selendang yang saya bagi, awak boleh tengok dalam youtube. Awek2 cun ramai buat tutorial dalam tuh hehe. Mohon jangan jealous dengan pujian tuh. Kalau awak sudi, pakai lah selendang tuh pergi kerja esok. Tapi jangan pakai sebab saya. Awak kena ikhlas kerana Allah. Okey meleret pulak surat nih. And yang kedua. Penting nih. 
Hmm.
Kita kahwin nak? 
Sekian. Terima kasih.
Yang benar lagi ikhlas.
Adha Naqib.'

   Air mata Maya mula berlinang di kolam matanya. Dia tak tahu perasaan apakah ini. Marah? Sedih? Gembira? Hanya Allah yang tahu segala-galanya.

                                 *********************
   "Lina..abang ada benda nak cakap." Encik Badri melihat isterinya yang sedang membasuh pinggan. "Ada apa bang?" Puan Lina menutup kepala paip dan mengelap tangannya. Dia berhenti sekejap membasuh pinggan untuk menumpukan kepada suaminya. Muka suaminya nampak serius. "Hari itu abang ada jumpa dengan Hairi. Kat restoran dia." "Ye ke? Bagus lah."

No comments:

Post a Comment