Saturday 14 September 2013

Sedar diri

ASSALAMUALAIKUM

Agaknye dah lama aku tak menaip di blog nih. Idea tuh banyak nak tulis kat sini tapi di sebabkan aku malas nak turun pegi cafe (bukan cc) , so terpaksa lah aku batalkan niat murni aku tuh.

So, harini aku nak cakap sedikit pasal cinta. Arghh aku sebenarnya takmau lah blog nih di penuhi dengan topik2 cinta -_- Tapi yang nih bukan setakat berkaitan dengan cinta, tapi ada kaitan lah jugak. Maybe.

Begini, aku sedar lah dengan diri aku, yang aku nih tak layak lagi nak berbicara berkaitan dengan percintaan antara manusia yang berlainan jantina. Tipu lah kalau aku tak pernah ada perasaan atau nafsu nak bercinta kan? wkakakak. Di sebabkan aku fikir aku tak layak lagi, maka aku harus menunda perasaan ini untuk fokuskan diri aku pada study and kerja dulu. (In shaa ALLAH)

Antara sebab2 aku fikir aku tak layak untuk bercinta adalah seperti berikut:

1. Sikap aku sekarang memang tak boleh buat menantu lagi harhar. Contohnya, malas lah nak bagitahu contoh tuh. Nanti korang fikir aku teruk. So biarlah orang2 terdekat and ALLAH je yang tahu.

2. Aku tak yakin orang yang aku suka senyap2 tuh suka aku atau tak. Mana lah tahu kan hati manusia nih. Mungkin dia dah ada kekasih. And dia layan aku hanya as friend. Wahh bangga tak aku cerita pasal kau nih? wkakaka. Aku suka kau tapi lantak pi lah. Malas nak fikir. Kalau kau jodoh aku, in shaa ALLAH akan bersama jugak. Chewah!

3. Aku tak boleh bayangkan macam mana nak berhadapan dengan mak mertua XD (jauh gile fikiran aku nih)

4. Semestinya aku masih lagi budak2. Walaupun sedara2 aku cakap aku dah besar :3

Okey tuh je. Ni bukan topik cinta okey. Tapi hanyalah sekadar untuk sedarkan diri bahawa AKU MASIH TIDAK LAYAK UNTUK BERCINTA. so jangan mimpilah yang kau dah ada tunang. Kata hati kepada akal.

Yang penting, aku TAKMAU jadi BUJANG LAPOK selama lama lama lamanyaaaaa

No comments:

Post a Comment