Tuesday 11 November 2014

NOVEL : CHEF A VS CIKGU L [PART 10]

   Encik Hairi tenangkan anaknya, "Adha! Ayah nak kamu redha dengan takdir nih. Ayah tahu kamu tak boleh terima berita nih. Tapi kamu kena kuat! Ingat Tuhan nak..ingat Tuhan.." Adha melepaskan genggaman tangan ayahnya. Dia bangun untuk mencari isterinya. "Adha!! Kamu tak boleh bergerak lagi..kamu still lemah." Adha hiraukan larangan ayahnya. Dia cuba juga untuk berjalan keluar. Encik Hairi menghalangnya tetapi Adha tetap memberontak. Encik Hairi memanggil doktor dan nurse untuk menghalang tindakan Adha.

   Jenazah Maya baru sahaja disembahyangkan dan sedang menunggu untuk dikebumikan. Encik Hairi menolak wheelchair Adha demi memberi laluan kepada anaknya menatap isterinya buat kali terakhir. Adha masih lagi tidak dapat menerima realiti. Dia tidak mampu mengawal perasaannya sewaktu melihat jenazah Maya. Begitu juga dengan nenek. Kini, dia kehilangan seorang cucu yang amat disayangi. 

                                       ******************** 
Setahun selepas kejadian yang berlaku antara mereka.
         
                                              + + + + + + + + +
   Encik Hairi bertemu dengan kawan lamanya, Encik Badri di salah satu kedai makan di tepi jalan. "Badri, anak kau si Lela tuh masih single kan?" "Iya. Kenapa Hairi?" "Aku rasa nak jodohkan Ad dengan Lela. Lagipun dia orang rapat masa kecil dulu." Encik Badri berasa serba salah. Dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan perihal sebenar mengenai Lela terhadap teman rapatnya dahulu. "Hairi..sebenarnya aku nak beritahu sesuatu. Aku bukan tak setuju dengan cadangan kau tuh. Tapi.." Encik Badri terimbau peristiwa silam.

   Encik Badri dan Puan Lina mendekati Lela di biliknya. Lela mengalami kemurungan. Dia tidak seperti dulu. Gelak ketawanya, mulut bercelotehnya, sikap nakalnya, senyuman manisnya, semua lesap dalam sekelip mata. 

   Puan Lina duduk di hadapan Lela, "Lela sayang, mak rindu Lela dulu. Jangan lah senyap macam nih. Please sayang.." Encik Badri menyambung bicara isterinya, "Betul kata mak tu. Lupakan je si Ad tu nak. Dia dah pergi jauh. Lela kan still ada mak and ayah. Kawan-kawan kat tadika Lela pun ramai lagi.." Pujukan Puan Lina dan suaminya umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lela tetap dengan sikapnya itu. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Puan Lina bimbang dengan perubahan anak kesayangannya. Tanpa sedar air matanya menitis sedikit demi sedikit. 

   Pagi keesokannya, Encik Badri membuat keputusan untuk berpindah ke bandar. Dia ingin membawa keluarganya pergi dari memori silam yang menyebabkan anaknya berubah secara mendadak. Selama beberapa bulan di tempat baru, Lela dapat melawan sikap kemurungan. Lela cuba untuk kembalikan senyuman manisnya, ketawanya, sikap nakalnya itu. Lela akhirnya meluahkan sesuatu kepada mak ayahnya, "Mak..ayah..mulai sekarang panggil Lela kepada Laila. Laila nak happy macam dulu. And lastly, Laila akan try untuk hapuskan nama Ad and semua kenangan dulu dari ingatan Laila." Lela mengukir satu senyuman. Kedua-dua mak ayahnya gembira lalu memeluknya dengan erat. Mereka bersyukur kerana anaknya kembali seperti dulu.

                                  *********************
   Opick resah melihat keadaan Adha sekarang. Sudah setahun sikap Adha berubah semenjak berlaku ujian berat itu. Adha yang dulunya happy-go-lucky telah berubah menjadi seorang yang pendiam. Dulunya dia seorang yang kemas bergaya, sekarang tidak. Begitu juga dengan kehadirannya ke restoran. Ada kalanya dia tidak hadir langsung, ada kalanya dia datang lambat. Opick sudah banyak kali menegurnya, namun segalanya sia-sia.

   "Adha, sampai bila kau nak jadi begini? Orang yang dah pergi, biarkan dia pergi. Kau yang masih hidup ni, kena teruskan." Opick cuba memujuk kawannya dengan lemah lembut. "Kau jangan sesekali cakap Maya dah mati! Dia selalu ada di sisi aku! Sampai aku mati!" Adha menengkingnya. Opick dah lali dengan semua tu. Dia tak kisah. Selagi Adha tak berubah seperti dulu kala, selagi itulah Opick tetap akan menegurnya. 

   "Kau jangan biarkan roh dia terseksa. Arwah tak tenang bila tengok kau macam nih. Aku kawan kau, Adha! Aku tak sanggup lagi tengok keadaan kau macam nih. Semuanya tak terurus. Kau tak kesiankan nenek ke? Dia pula yang sibuk urus kau, jaga kau. Sepatutnya kau yang kena buat macam tu kat nenek. Lagipun Allah sentiasa ada. Kau kena kuat. Allah bagi ujian sebab DIA nak tengok kau yakin kepada DIA atau tak. Malam nih aku nak kau follow aku ke masjid." Adha bengang, "Kau tak payah sibuk hal aku!" Adha segera meninggalkan Opick di dapur. Opick hanya mampu terdiam. Kepalanya buntu memikirkan cara untuk kembalikan semangat kawannya itu.

                                 *********************
   Sewaktu Puan Lina sedang berkebun di belakang rumahnya, Encik Badri mendekati Puan Lina untuk berbincang mengenai permintaan Encik Hairi. "Lina, apa pendapat awak kalau Hairi meminang Laila untuk anaknya tu?" Puan Lina berhenti sejenak kerjanya lalu menghampiri suaminya. "Entah la. Laila boleh ke terima Adha balik? Kan Adha pernah tinggalkan dia masa kecil-kecil dulu" "Ye tak ye jugak kan." Encik Badri mengangguk.

                                   *********************
   Adha menatap gambar perkahwinan dia dengan Maya dulu. Berlinang air matanya. Rindu. Terlalu rindu dengan gelagat arwah isterinya. Dan dia tidak dapat lupakan tragedi yang berlaku antara mereka. Menyebabkan isterinya rebah tersungkur ditikam oleh pakciknya sendiri. Dia ingin membalas dendam namun ditegah oleh ayahnya dan pihak polis. Lagipun, dia tidak tahu di mana pembunuh itu berada sekarang. Pihak polis masih memburu pembunuh isterinya. 
  
   Encik Hairi memerhati Adha dari jauh. Dia ingin kembalikan semula semangat anak lelakinya. Dia terpaksa membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan Adha. Encik Hairi masuk ke dalam bilik anaknya untuk memberitahu keputusan yang dibuatnya. "Adha..boleh ayah cakap sesuatu..?" Adha diam. "Ayah nak kamu nikah dengan Lela. Teman rapat kamu dulu. Ayah nak kamu bahagia. Ayah taknak nenek sibuk uruskan diri kamu. Biar lah ada seseorang yang mampu jaga kamu. Ayah faham perasaan kamu, Adha. Kamu takkan setuju dengan permintaan ayah ni. Tapi untuk kebaikan kamu jugak."

No comments:

Post a Comment