Sunday, 29 September 2013

Three in One

ASSALAMUALAIKUM.

Harini aku nak tulis 3 cerita dalam 1 entry muehehe.

First story,

Pada satu petang tuh, aku turun pegi cafe. Then tetiba terbunyi "beep beeep" walaupun bukan bunyi sebenar. Aku pun ambik lah henset aku then tengok dapat 1 mesej dari roomate aku.

"Amal kat mana sekarang?"
"Kat cafe nih. kenapa?"
"Tolong belikan sebungkus nasi boleh?"
"Boleh2. Nak lauk apa?"

Assudohh~ aku terlupa yang aku nih memang tak tahu jenis lauk! macam mana boleh terkeluar soalan tuh -_- then d sebabkan roomate aku lambat reply. Aku pun cepat2 ambik nasi and terjah je mana2 lauk. Aku pun p bayaq and aku ambik henset aku dalam poket. Tengok2 ada 1 mesej.

"Nak lauk blablabla."
"Alamakk. sorry weyh. aku dah ambik lauk ayam kicap and sayur apa ntah. Lauk yang kau mintak dah habis."

Nasib baik aku bertindak cepat p ambik lauk yang aku kenal. Dah lah terpaksa tipu sunat dgn roomate. Sorry weyh :3

Second story,

Kisah nih pasal ermm arghhh zzz krohhh..[pause]

Aku kena sabaq dengan manusia yang bergelar kawan !! Sabar nohh~ setiap manusia ada pelbagai ragam. Masing masing ada keburukan sendiri. YOU HAVE TO REMEMBER THIS (>__<)

Third story,

Kisah yang nih takde kaitan dengan cinta @ crush @ sewaktu dengannya. Kan aku dah cakap aku takmau post pasal tuh. So entry harini takde kaitan pasal tuh semua. Maybe?

Pada malam tuh, aku post 1 karangan pendek untuk pengerusi aku. Dia sama jantina dengan budak tuh. Budak tuh lahh. Kalau korang tak faham, baguss!

Aku puji pengerusi. Then budak tuh like karangan pendek tuh. Aku tak perasan apa2 lagi. Suddenly, dia pm aku. Aiyakk! Dia pun tanya blablabla, aku pun jawab blabla. Pastu, tiba2 dia bagi salam and say kbye. Terkejut aku. Apa hal dengan dia nih? Selalunya takde lah say kbye 2 3 kali -__-. Lantak kau lah weyh. Aku pun deactive fb. Lagipun dia macam tak mesra dgn aku dah. WAKAKAKA


Saturday, 14 September 2013

Serius aku bukan poyo!

ASSALAMUALAIKUM

Situasi yang paling aku tak suka bila aku jadi poyo secara tiba2 tanpa keinginan aku sendiri.

Serius aku tak suka bila jadi macam nih.

Aku rasa macam nak tikam2 je perasaan kepoyoan nih.

Situasi poyo akan berlaku bila
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

aku tunggu orang yang errr. okey aku malas nak cerita.

nanti korang cakap aku poyo pulak!

Sedar diri

ASSALAMUALAIKUM

Agaknye dah lama aku tak menaip di blog nih. Idea tuh banyak nak tulis kat sini tapi di sebabkan aku malas nak turun pegi cafe (bukan cc) , so terpaksa lah aku batalkan niat murni aku tuh.

So, harini aku nak cakap sedikit pasal cinta. Arghh aku sebenarnya takmau lah blog nih di penuhi dengan topik2 cinta -_- Tapi yang nih bukan setakat berkaitan dengan cinta, tapi ada kaitan lah jugak. Maybe.

Begini, aku sedar lah dengan diri aku, yang aku nih tak layak lagi nak berbicara berkaitan dengan percintaan antara manusia yang berlainan jantina. Tipu lah kalau aku tak pernah ada perasaan atau nafsu nak bercinta kan? wkakakak. Di sebabkan aku fikir aku tak layak lagi, maka aku harus menunda perasaan ini untuk fokuskan diri aku pada study and kerja dulu. (In shaa ALLAH)

Antara sebab2 aku fikir aku tak layak untuk bercinta adalah seperti berikut:

1. Sikap aku sekarang memang tak boleh buat menantu lagi harhar. Contohnya, malas lah nak bagitahu contoh tuh. Nanti korang fikir aku teruk. So biarlah orang2 terdekat and ALLAH je yang tahu.

2. Aku tak yakin orang yang aku suka senyap2 tuh suka aku atau tak. Mana lah tahu kan hati manusia nih. Mungkin dia dah ada kekasih. And dia layan aku hanya as friend. Wahh bangga tak aku cerita pasal kau nih? wkakaka. Aku suka kau tapi lantak pi lah. Malas nak fikir. Kalau kau jodoh aku, in shaa ALLAH akan bersama jugak. Chewah!

3. Aku tak boleh bayangkan macam mana nak berhadapan dengan mak mertua XD (jauh gile fikiran aku nih)

4. Semestinya aku masih lagi budak2. Walaupun sedara2 aku cakap aku dah besar :3

Okey tuh je. Ni bukan topik cinta okey. Tapi hanyalah sekadar untuk sedarkan diri bahawa AKU MASIH TIDAK LAYAK UNTUK BERCINTA. so jangan mimpilah yang kau dah ada tunang. Kata hati kepada akal.

Yang penting, aku TAKMAU jadi BUJANG LAPOK selama lama lama lamanyaaaaa